Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Jumaat, 25 Januari 2013

Aku Kan Novelis!

3:00 PTG 2 Comments
Aku Kan Novelis!
Nurul Syahida

ISBN: 9789675489068
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 15 Januari 2010
Halaman: 464
Harga: RM17.90

~ Rasaku… ~

Safiah Shuhaimi [Safi], seorang novelis yang ambitious. Dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Dan dia selalunya menjadi tempat rujukan buat dua teman baiknya; Helmi dan Iza apabila kedua-duanya berdepan dengan masalah cinta. Pada Safi itu semua dapat diselesaikan dengan mudah kerana ‘diakan seorang novelis!’, novelis cinta lagi *wink*

Tetapi kepakaran menyelesaikan masalah cinta bagaikan tergugat dengan kehadiran seorang pemuda rambut yang lebih merah dari api. Lelaki yang pada Safi adalah lelaki paling pelik yang ditemuinya. Roul; lelaki ini dikenalkan oleh Helmi dan Iza. Sudahlah dia sedang berdepan dengan masalah writer’s block, ini pula perlu menghadap lelaki yang tak normal tu! Sungguh tak sangka dua temannya itu mengenenkan dia dengan lelaki seperti itu. Alahai!

Aku harus akui tak semua gadis sanggup keluar bertemankan lelaki yang rambutnya merah, mata sebelahnya merah dan telinga bertindik. Hmm, mungkin kalau gadis itu seperti itu juga rasanya tak menjadi masalah. Tetapi ini Safi... Safi si penulis novel yang ada kelasssss kih5 ;P Lagipun Roul tu suka sangat bercakap lepas, tanpa tapis-tapis langsung.

Namun Roul yang sememangnya tak pernah makan saman, sudah jatuh hati pada Roul. Dan kerana Safi tak suka panggilan ‘lu’ dan ‘gua’ yang digunakan, Roul sanggup memanggil Safi dengan ‘Lulu’... wah! Lelaki alien pun ada taman dalam hati hahaha5 Jadi bagaimana Safi mahu menyelesaikan ‘masalah’ cintanya? Sila... sila baca novel ni.

Sesuatu yang refreshing. Ringkas dan comel. Ini pendapat peribadi aku. Walaupun pada asalnya aku kira jalan ceritanya biasa-biasa saja tetapi mungkin kerana cara penyampaian penulis ini buat aku rasa ianya nampak baru, berbeza dengan novel-novel cinta yang lain. Apatah lagi gaya bahasa yang penulis gunakan lebih santai, dan ada sesetengah ayatnya berbentuk sinikal yang mampu buat aku tergelak sendiri. Good job sis! ;D

Happy reading (^-<)

Rabu, 23 Januari 2013

Jangan Baca Novel Ni

8:27 PG 11 Comments
Jangan Baca Novel Ni
Ismi Fa Ismail
 

ISBN: 9789671019238
Penerbit: I F I Enterprise
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2012
Halaman: 225
Harga: RM20.90


~ Rasaku… ~

Tajuk dan sinopsis di kulit buku buat aku teruja nak baca. Ya, asyik baca novel cinta memang bosan juga *wink*

Pada mulanya aku fikirkan ia kompilasi cerita-cerita seram tetapi bukan. Ia sebenarnya satu kesinambungan. Cuma penulis bijak memanipulasikan ceritanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

Cerita 1 – Kacuk
Cerita 2 – Terapung
Cerita 3 – Ramalan
Cerita 4 – Tumpang
Cerita 5 – Telefon
Cerita 6 – Bunga Kematian
Cerita Akhir – Batik Sentung Biru

Dan setiap cerita itu sebenarnya punya jalinan. Memang kena baca tanpa melangkau mana-mana halaman sebabnya nanti akan rasa pelik kerana novel ini sebenarnya cerita di atas cerita.

Secara ringkasnya, ini kisah Munir yang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya. Di pertengahan jalan, dia keliru. Terasa jalan pulang itu lain benar daripada kebiasaannya. Dia melewati sebuah perkampungan dan di situ dia bertemu dengan seorang kanak-kanak; Adib. Dek kerana kasihan melihat Adib yang keseorangan, dia membawa Adib pulang ke rumah ibunya.

Adib digambarkan sebagai seorang yang amat pendiam tetapi tetap akrab dengan Munir. Adib juga tak pernah lekang daripada sebuah buku hitam dan itu menyebabkan Munir tertanya-tanya. Bila dibelek-belek rupa-rupanya sebuah cerita dan seterusnya ha… di sini lah setiap bahagian itu ‘bercerita’. Ada seram, sedih, cinta dan sayu. Dan yang paling penting twist di akhir cerita. Superb.

Aku tak nak tulis banyak kerana ia akan menyebabkan cerita ini hilang seramnya. Kamu perlu cari dan cuba baca. Mari berfantasi dan berhalusinasi benda yang bukan-bukan kih5 Walaubagaimanapun, ada beberapa perkataan seperti ‘sowie’ yang aku rasa tak perlu ditulis sebegitu. Tetapi mungkin kerana ianya perbualan jadi baiklah, aku pejam mata. Lagipun padaku ia masih tidak mencacatkan cerita ini.

Happy reading (^-<)

Khamis, 17 Januari 2013

Mental

3:45 PTG 9 Comments
Mental
Shaz Johar

ISBN: 9789670374185
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: November 2012
Halaman: 299
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ini buku pertama aku tahun 2013. Dan ya, aku rasa sedikit gila dalam menyudahkan pembacaannya *wink*
“Kita jangan suka sangat melengah-lengahkan solat, nanti seksa bila Tuhan cabut nyawa tu. Tahu?” [page 32]
Speechless. Di awal-awal lagi sudah terkena. Tapi aku suka ingatan itu. Terima kasih wahai encik penulis.

Mental sebuah cerita yang punya plot agak berat dan mungkin akan memeningkan kepala para pembaca. Sedikit berbeza dengan buku-buku keluaran Fixi yang lain. Jadi seharusnya kalau mahu baca buku ni memang kamu perlu cari satu masa khas. Baca sekaligus dan jangan tinggal-tinggal. Kalau tak, memang terkena ‘mental’nya kih5 ;P

Ini kisah kecelaruan minda yang menjadi. Menjadi padaku bila saja akhirnya aku sendiri sedikit keliru untuk membezakan siapa yang wujud sebenarnya. Antara realiti dan imaginasi. Antara Raudhah dan Maya. Kalau tanya aku, pastinya aku lebih suka watak Maya. Gila. Sebab aku memang tak dapat teka siapa Maya. Mungkin kerana permulaannya yang cukup memikat. Dengan Maya yang mahu berkongsi cerita bersama Kisha [Kougar] dan kemudiannya dihuraikan satu persatu jalan ceritanya. Memang sungguh aku diperdaya hahaha5

Dan aku juga suka dengan watak Rashid dan Rania yang ditonjolkan. Rashid yang suka mencederakan diri sendiri dan Rania yang suka menyanyi di gereja. Entah. Aku rasa ia sinis.

Aku harus katakan ini naskhah terbaik penulis. Jujur aku memang tidak menggemari dua bukunya sebelum ini kecuali sebuah cerpen dalam kompilasi Kopi. Jadi, tahniah Shaz Johar kerana tak pernah serik untuk menulis.

Sedikit sebanyak penulis sudah buat aku rasa mahu tonton kembali A Beautiful Mind. Mujur sekarang ni sudah ada Youtube. Bila senang-senang boleh klik saja ;D

Happy reading (^-<)

Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita

3:37 PTG 0 Comments
Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita 
Hilal Asyraf

ISBN: 9789830972152
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit:
Halaman: 224
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Dek terpandang nama penulisnya, aku tertarik dengan buku siri tarbiah rohani ini. Tak silap ada tiga siri langit ilahi ini dan ini merupakan siri pertama yang aku beli dan baca. Nanti aku cari lagi siri-sirinya yang lain.

Ada lebih kurang 60 tazkirah ringkas yang dimuatkan. Dalam siri yang pertama ini penulis cuba membincangkan tentang siapa kita yang sebenarnya, apa dan mengapa kita hidup di dunia ini. Apa yang paling penting, penulis cuba mengupas perhubungan kita dengan Allah. Kita ini hamba, jadi selayaknya menjadi hamba apa yang harus diutamakan.

Dan bila terasa hidup ini tidak adil. Cuba-cubalah mengerti mengapa Allah menciptakan sesuatu itu begitu. Jangan pernah berhenti mempercayai-Nya kerana Dia sememangnya tidak pernah melupakan kita. Hanya kita saja yang lalai. Asyik dengan kesenangan dunia dan bila terjatuh dalam lubang derita, saat itu baru sibuk mencari sejadah. Allahu Allah... teruknya perangai!

Ada banyak pengajaran yang dikongsi oleh penulis. Apatah lagi ia diolah dalam bentuk penulisan yang cukup bersahaja. Membuatkan buku ini mudah dihadam dan dihayati. Cuma mungkin ada sesetengahnya aku rasa kurang dihuraikan. Dan bila dirisik-risik di GR, rupanya ia adalah catatan penulis di laman blognya sebelum dibukukan. Oh! Baru tahu mengapa ia jadi begitu.

Aku tak pandai sangat nak membedah buku sebegini. Sebab aku terasa cukup kerdil sekali. Jadi aku cadangkan baca saja buku ini. Letak hati anda di dalamnya. Selami hingga ke akarnya. Moga ada manfaatnya untuk kita bersama ;D

Ps: Resensi terakhir untuk buku 2012. Yay!

Happy reading (^-<)

Gergasi

3:32 PTG 4 Comments
Gergasi
Khairul Nizam Khairani

ISBN: 9780674010669
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Oktober 2012
Halaman: 320
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ini kali pertama rasanya aku baca karya berbentuk sci-fi begini. Jadi, rasa suka itu sudah menari-nari dalam hati semenjak aku menyelak halaman pertama. Dan aku makin jatuh cinta bila saja otak dan hati berjalan seiring menghadam naskhah tuan penulis *wink*

Gergasi ni bagaikan Optimus Prime yang tersesat di Tanah Melayu. Aci tak kata begitu? hahaha5 Begini, pada sekitar tahun 1511, kota Melaka diserang oleh askar Portugis. Ketika kerusuhan itu muncul Batara Waja; gergasi misteri yang membantu para hulubalang Melaka. Namun, dalam bertempur itu, tiba-tiba saja Batara Waja hilang. Tiada yang tahu siapa, di mana dan ke mana gergasi itu datang dan pergi tetapi nama Batara Waja meniti bibir para rakyat tempatan.

Melangkaui abad ke 21, bandaraya KL digemparkan dengan kemunculan gergasi yang seolah-olah membantu pihak polis menangkap penjenayah. Ketika ini lagenda Batara Waja diperkatakan kembali. Rizal; seorang pemuda biasa-biasa mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan dengan gergasi tersebut. Dia sememangnya bukan lelaki yang boleh dianggap hero. Yalah, dalam cerita ni asyik pitam saja dan selalu dipermainkan oleh rakan sekerjanya. Namun suatu hari, muncul Hu Xien yang menyatakan Rizal bahawa dia adalah pewaris Gergasi tersebut...jeng jeng jeng...

Hmm... agak mengejutkan aku sendiri bila aku pilih Gergasi melebihi Pecah, Kelabu & Murtad. Mungkin kerana ia mengingatkan aku pada gaya RAM. Oh! Baik, aku tak boleh membandingkan dua penulis ini kerana mereka berdua sememangnya ada stail yang tersendiri ;D

Tetapi aku suka bila penulis berjaya buat aku percaya pada jalan ceritanya. Percaya pada asal usul penciptaan sut perisai luar biasa – DEMON, sepertimana rasa percaya pada sang Batara Waja itu wujud. Begitu juga dengan nilai persahabatan yang diangkat dalam cerita ini. Persahabatan antara Anwar-Rizal dan Rizal-Nathan, serta Zohaimi-Hamka-Samsudin. Sahabat tak kenal hitam atau putih. Heh! Tiba-tiba aku kagum dengan Zohaimi *wink*

Apa pun sang hero; Kapten Aman yang ada di awal dan akhir cerita buat aku lebih teruja. Ala... saja la kan kau rina *gedik* kih5 ;P

Happy reading (^-<)

Kisah Cinta Seribu Wajah

3:27 PTG 4 Comments
Kisah Cinta Seribu Wajah
Aidah Bakri, Dihsar Ludba Haqifa, Fatihah Pauzihal, Hafizah Iszahanid, Hafizul Osman, Haswida Abu Bakar, Ijazati Habib, Ika Madera, Imaen, John Norafizan, Kamalia, Misdhiaz, Nazawati, Noor Suraya, Pingu Toha, Szalies

ISBN: 9789670201542 
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 313
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Lama betul aku ambil masa nak buat resensi untuk kompilasi ni, dah masuk 2013 pun ;P

Baik, ini memang ceritera cinta. Ada 18 cerpen cinta yang dikumpulkan, hasil buah tangan keluarga JS buat para peminat kisah cinta. Hmm, tapi aku tak kan bercerita kesemua kisahnya. Maklumlah ia kompilasi cerita kontot-kontot, jadi aku harus tulis resensi yang kontot-kontot saja [kih5 alasan!]

Aku puas hati dengan kisah-kisahnya. Cuma ya mungkin ada beberapa kisah yang padaku biasa-biasa saja. Tak mengapa. Itu tak mencacatkan kompilasi ini sebenarnya. Hanya membuatkan ia makin berwarna-warnia. Ada rasa manis, masam, masin dan pahit. Ada suka duka. Sepertimana rasa cinta barangkali. Maka begitulah ‘rasa’nya ;D

Dan kerana makna dan konsep cinta itu besar. Maka aku melihat impak cintanya juga harus besar. Terima kasih kerana tak meninggalkan cinta ibu dan ayah pada anak-anaknya. Aku suka. Sepertimana aku sukakan tinta Imaen itu – Ini Dosa Siapa? dan Isteriku Seorang Geisha – Hafizul Osman. Memang terasa menusuk kalbu. Lebih-lebih lagi mengingatkan aku pada kata-kata ibuku yang berbunyi begini;
“Sibuk dengan dosa pahala orang lain, dosa sendiri yang setinggi gunung tak ambil peduli.”
Perghh... kena setepek di muka! ;P

Dan aku juga suka kisah cinta Sepucuk Surat Cinta (Dari Lembah Kundasang), Laksa Kam dan Bukan Satu Kebetulan. Mengajak aku berfikir, apakah selama ini aku terlupa menghargai sesuatu di depan mata? Ngeh3~~ Tanya sama hati lagi kih5 ;P

Lagi? Hmm... bacalah sendiri. Nikmati apa falsafah para penulis JS bila berbicara tentang cinta. Dengan pelbagai gaya bahasa, latar dan teknik pastinya akan ada yang melekat di hati. Cubalah, moga ada baiknya untuk kamu ;D

Happy reading (^-<)

Isnin, 7 Januari 2013

Terus Cintai Aku

5:15 PTG 2 Comments
Terus Cintai Aku
Aleya Aneesa

ISBN: 9789831247662 
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 20 Mac 2012
Halaman: 692
Harga: RM23.00

~ Rasaku… ~

Nurzalis Najwa [Zalis] memegang janji di zaman kanak-kanaknya. Janji si dia yang bernama Khilfie. Namun Khilfie hilang selepas pemergian kedua ibu ayahnya. Masa terus berlalu tetapi Zalis rupanya tak pernah lupa akan janji Khilfie yang mahu menyuntingnya menjadi isteri. Dan kerana janji itu hati Zalis bagai dikunci. Dia mahu terus berharap.

Saat dipertemukan kembali dengan Khilfie, difikirkan hatinya akan sembuh. Rindu yang ditanggung akan terlerai tetapi apakan daya, takdir bagai sengaja memperolok-olokkan hati Zalis. Dia bertemu dengan Khilfie sehari sebelum lelaki itu akan bertunang. Aduhai! Mana mahu dicampak rasa lukanya?

Mujur Zalis ada keluarga yang cukup menyayangi. Ada hero-hero yang sanggup memujuk dan berkongsi rasa. Dan aku cukup menyenangi kehadiran Zafran, Zulhan dan Zahfir yang begitu menjaga Zalis. Penulis berjaya buat aku tertarik dengan keluarga bahagia Zalis lebih daripada kisah cinta yang dipaparkan.

Dalam merawat luka akibat cinta yang tak kesampaian, Zalis cuba mengelak daripada Khilfie. Tetapi bila Zalis menjauh, si Khilfie bagai tak cukup tanah mahu mengejar. Khilfie ingin mewujudkan kembali momen kanak-kanak mereka. Memang bukan salah Khilfie bila dia lupa akan janji itu tetapi bila masih tak faham-faham bahasa aku pula yang bengang kih5 Sudahlah ada tunang, tetapi kini bagaikan angau pada Zalis. Apa pun aku suka lah dengan Jaznita. Dia gadis yang lebih mandiri daripada Zalis. Lebih rasional walaupun sebenarnya dia juga amat menyintai Khilfie.

Ini novel penutup tirai tahun sudah. Tetapi rasaku tak semanis tajuk novelnya. Aku tahu semua orang kata kisahnya menarik. Dan sebagai peminat AA, aku  juga tak mahu ketinggalan untuk ‘duduk’ dalam kelompok mereka yang sukakan TCA. Sayangnya aku tak mampu. Sedihnya! Aku rasa novel ni masih memikat cuma kali ni ia tidak ‘masuk’ dengan jiwaku.

Aku tiada masalah dalam isi cerita. Kisah si gadis yang menjadi penunggu setia pada sebuah janji yang dilupakan. Cuma ya, aku tak suka bila si gadis yang menunggu itu rupanya ada hati yang ‘kecil’. Senang cerita, aku tak suka gadis yang lemah kerana cinta. Dan ini juga kali pertama aku skip ketika baca novel tulisan AA, hinggakan ada satu bab tu aku lebih banyak skip dan skip dan skip. Sorry! ngee~~

Happy reading (^-<)

Venom Suria

5:13 PTG 3 Comments
Venom Suria
Mazni Aznita

ISBN: 9789670342405
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - April 2012
Halaman: 692
Harga: RM25.90

~ Rasaku… ~

Gila best buku ni. Aci tak kata begitu? hahaha5 Baik... ini kisah misteri yang ada unsur mistik juga. Aku tak tahu lah bagaimana penulis dapat idea, jadi aku memang tabik spring. Dan mungkin lepas ini, aku akan letak VS sebagai penanda aras buat Mazni Aznita dalam karya-karyanya yang punya genre sebegini.

Suria Baharom [Suria]; seorang wartawan ibu kota. Periang, ceria dan sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai wartawan jenayah. Namun dalam satu kes pembunuhan gadis-gadis yang agak misteri, Suria umpama mengalami dejavu. Ada sesuatu yang mengikat dia dengan kes itu, tetapi apa? Walaupun dihalang oleh ayahnya, Suria tetap mahu meneruskan penyiasatannya. Dia perlu menyelesaikan apa yang ditemui. Malah, dia tak mahu jelmaan gadis berambut panjang itu menghantuinya jeng jeng jeng... macam seram tak?

Tetapi apa yang sebenarnya lebih mengikat aku adalah ini. Kisah makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk terus hidup. Dan badan manusia yang diperlukan itu adalah daripada keturunannya dan hanya bisa dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Jadi, sementara mahu menunggu tu, dia amat memerlukan darah manusia lain untuk terus ‘hidup’. Ha, bagaimana tertarik tak? *wink*

Dalam pada itu, ada juga kisah cinta yang diselitkan. Antara Nazrul; ketua di stesyen KZM yang cool dengan Tuan Izwan; pegawai polis yang dingin dan panas baran. Memang pada mulanya Suria tak sukakan Izwan sebab dia tu selalu mahu kata-katanya dipatuhi dan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, manalah tahu kes-kes gadis yang dibunuh itu merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Dalam diam, Suria harus mengakui dia sudah jatuh suka pada si dia si mata dingin.

Jadi apa kesudahan siasatan mereka? Apatah lagi dengan kejadian aneh yang menimpa Suria. Dia umpama kunci pada semua kejadian ini, yang menjadikan dia juga antara gadis yang diburu untuk meleraikan segala kekusutan ini. Hanya VS ada jawapannya.

Tak dapat dinafikan ada banyak watak yang muncul. Ada Mahira, Aisyah, Yong Habibah, Hadif, Apache dan lain-lain lagi. Tetapi setiap wataknya ‘bercerita’ dengan sendirinya. Malah sepertimana novel garapan penulis terdahulu, akan ada jalinan antara watak tersebut. Dan kalau sebelum ini aku tak sukakan kisah mimpi dalam sesebuah novel, aku harus akui penggunaan mimpi dalam VS adalah apa yang aku tunggu-tunggu. Ia adalah kerana mimpi antara medium yang menceritakan apa yang telah berlaku dan seterusnya membawa kepada konflik watak-wataknya.

Aku bagi standing ovation untuk novel thriller Kak Nita ni..yay! Amboi! Ini gara-gara tengok TV shows banyak sangat la ni kih5 ;P Tetapi ya, kalau rasa-rasa dah muak dengan novel cinta biasa apa salahnya cuba yang ini. Lagi-lagi kalau anda peminat drama bersiri Supernatural, Vampire dan sewaktu dengannya ;D

Happy reading (^-<)

Selasa, 1 Januari 2013

2012: GA Top 10

3:32 PTG 3 Comments
Assalamulaikum..

Aku mulakan tahun baru dengan sepuluh novel pilihan GA sepanjang 2012. Gila kentang kih5
  1. Venom Suria - Mazni Aznita
  2. Roti Canai Salad Taco - Norhayati Berahim
  3. Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid 
  4. Gergasi - Khairul Nizam Khairani 
  5. Hero - Hilal Asyraf 
  6. Pecah - Khairulnizam Bakeri 
  7. Gadisku, Wan Adnin - Noor Suraya
  8. Kelabu - Nadia Khan 
  9. Murtad - Hasrul Rizwan
Kononnya tahun ini mahu banyak baca bukan novel, tapi... ish! Malas sungguh aku rupanya. Jadi ini saja buku bukan novel aku *wink*
  1. Kasih Disemai Sayang Dituai - Dr Amida Abdul Hamid
  2. Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita - Hilal Asyraf
  3. Peristiwa Bersejarah Ramadan - Zamri Zainal Abidin, Imran Azmi
Aku masih malas kurang baca karya online. Ya, masa menyesakkan! Haih! Itu juga yang aku salahkan kih5 Ini saja yang aku sempat jelajah; 
  1. Ada di Hati - Adah Hamidah
  2. Untuk Dia - Rehan Makhtar
  3. Bittersweet - angelseptember 
Nampaknya buku-buku Fixi mendominasi otak fikiran aku. Dahhhhhsyatttt kih5 Tapi walau apa pun aku lihat perkembangan aku sendiri. Berjaya melepasi sasaran buku tahun sudah, berjaya lari daripada kisah cinta biasa dan cuba sesuatu yang baru. Yay! Itu sudah cukup. Dan untuk tahun ni, hmmm aku tak pasti lagi. Targetnya untuk lepasi jumlah buku tahun lepas. Mampu atau tidak, aku tak tahu... que sera sera dear ;))

Oh, ya! Ini carta peribadi aku sendiri. Kalau rasa tak suka, kamu boleh buat carta sendiri. Heh! Kita berhak memilih apa yang kita suka.

Ps: Yang tiada link tu bermaksud aku tak tulis resensinya lagi [memang malas kau ni rina hik3 lalala5 ;P]

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)