Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Jumaat, 28 Disember 2012

Licik

5:40 PTG 4 Comments
Licik
Sham Hashim, Julie Anne

ISBN: 9789670374093
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 272
Harga: RM18.90


~ Rasaku… ~

Ini aku pinjam je daripada Ajib ngee~~ Thanks bro!

Prolog berjaya buat aku selak dan terus selak halaman belakang tetapi bila di tengah-tengah, ada rasa bosan menjengah. Memang seronok baca bagaimana 'kerjasama' antara Alias, Fira dan Sadik cuma ianya asyik diulang-ulang. Jadi sudah tahu rentaknya, yang walau bagaimana susah nak diperdaya mereka pasti dapat juga akhirnya. Hilang thrill di situ.

Tetapi ya, jenayah seperti ini yang hanya dapat aku tonton di kaca televisyen sebelum ini merupakan sebab utama yang mengikat aku hingga ke halaman akhir. Lebih-lebih lagi bila lihat bagaimana Fira 'membentuk' dirinya supaya sama licik seperti ayahnya. Dan bila saja dia bertemu dengan Sadik. Momen itu memang aku tunggu-tunggu. Kedua-duanya saling mempergunakan antara satu sama lain.

Jadi bila saja ada watak Darren di hujung cerita, aku sudah dapat menekanya. Sadik memang licik! Dan scene ini buat segala rasa terbang melayang. Aku jatuh kasihan pada Fira, setidak-tidaknya dia masih punya rasa. Dia sanggup lakukan segala-galanya bukan hanya kerana harta, tetapi atas rasa sayang dan cinta.

Dalam kesemua mangsa Fira-Sadik, aku akan paling ingat pada Tan Sri Ehsii Mizan. Sinis. Masakan tidak, ia berkaitan dengan bisnes gelang magnet kih5 ;P Begitu juga dengan sejarah masa lampau Sadik. Aku suka. Namun kehadiran watak Khairi tak begitu mengujakan. Aku lagi suka kalau wataknya dikembangkan lagi. Khairi pun pastinya lebih licik kalau diberi peluang kan?

Aku mengharapkan sesuatu yang lebih bila ada gabungan penulis. Sepertimana tajuknya, aku rasa kelicikan mereka semua tidak cukup. Lebih-lebih lagi ending. Ala… tak kan lepas begitu saja Fira? Lebihlah lagi *evil*

Dan seperti biasa [yang sering berlaku pada Buku Fixi], kesilapan nama watak-watak tetap ada dalam Licik. Sayangnya! Namun aku puji kesungguhan dua penulis ini kerana isi ceritanya konsisten, tidak lari arah walau ada dua kepala *wink*


Apa pun aku suka kata-kata si Alias ini:-
"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
 Happy reading (^-<)

Diari Mat Despatch: Edisi Patah Hati

5:38 PTG 0 Comments
Diari Mat Despatch: Edisi Patah Hati
Bahruddin Bekri

ISBN: 9780674010669
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2011
Halaman: 164
Harga: RM9.90


~ Rasaku… ~

Masa mula-mula baca aku dah terkenang Edisi Hati Emak [EHM]. Tapi sebab aku malas nak mencari buku comel itu aku teruskan saja pembacaan dengan beranggapan Aman; sepupu Idlan yang patah hati ini adalah sepupu yang mahu bertunang yang menyebabkan Idlan dalam dilema [dalam siri EHM] kih5 *rolledeyes*

Sebenarnya bukan Idlan saja rasa 'pelik' sebab aku pun 'pelik' sebab lelaki kacak [mengikut deksripsi Idlan la ;P] seperti Aman boleh putus tunang. Tapi cepat-cepat hatiku membidas, kacak dan cantik bukan kayu pengukur dalam hal-hal sebegini. Namun aku masih tak mampu untuk mengasihani Aman yang putus tunang itu. Kasihan aku lebih tertumpah pada Hayati; anak yatim piatu yang berjaya membuatkan Aman 'tersedar'.

Dan aku juga turut kasihan pada Idlan, sibuk benar dia menggalas tanggungjawab yang diberi oleh emaknya untuk cuba memulihkan semangat Aman. Memang anak yang baik sungguh. Bukan itu saja, kasihan pada Idlan yang selalu sangat perasan ;))

Dalam edisi ini juga aku sudah makin tidak suka akan kehadiran Citra Indah Qalisa. Mulutnya mengalahkan Mahmud. Walaupun Mahmud tu tak habis-habis dengan teori Idlan budak PMR, sekurang-kurangnya Mahmud ada banyak falsafah hidup yang menarik untuk dikongsi. 

Seperti mana EHM, edisi kali ini pun kurang 'rasa'. Itu pendapat aku ok, impaknya tak sama pada tiap-tiap pembaca. Bintang yang diberi jangan dijadikan ukuran. Seeloknya baca dulu sebab 'rasa' kita sememangnya berlainan.

Tapi aku tetap menyukai falsafah tentang hidup dan cinta pada kali ini. Cuma disebabkan aku malas [again? kih5] nak buka buku comel ini lagi, aku cadangkan korang baca sendiri lah. Hmm, atau boleh juga lihat di GR. Aku sudah kumpulkan beberapa quotes di sana ;P

Happy reading (^-<)

Rabu, 26 Disember 2012

Beruno

8:06 PG 2 Comments
Beruno
Dihsar Ludba Haqifa

ISBN: 9789831244746 
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: 500
Harga: RM14

~ Rasaku… ~

Nama penulis yang cukup unik, seunik tajuk bukunya! Love it ;)) Kalau dikenang-kenang [amboi, ayat! kih5], masa nak beli tu aku cuma kata nak buku yang penulisnya nama pelik sikit je, terus saja mereka hulurkan bukunya. Credit to enche Hafizul Osman *wink*

Ini cerita untuk anak-anak. Tetapi dek kerana tajuknya aku sendiri penasaran untuk tahu ;P Lagipun kerana bukunya yang nipis, aku pujuk-pujuk hati untuk membacanya dulu kih5

Beruno – nama sebuah kampung yang cukup asing buat Kiko. Namun kerana Ismi; ayah Kiko, dia menurut untuk pulang ke Beruno. Lagipun apalah yang mampu Kiko lakukan, dia masih kecil. Baru 7 tahun. Jadi pada siapa lagi yang harus disandarkan kehidupannya kalau bukan ibu ayah dan keluarga kan.

Mengikut kata ayah, Beruno sebuah kampung yang aman damai, ceria dan penuh keseronokan tetapi tidak buat Kiko. Pertama kali menjejakkan kaki di Beruno, dia sudah rasa takut. Sunyi dan sepi. Malah dua jiran yang ditemui pada hari pertama benar-benar menggerunkan. Yuri dan Yoka berkata penduduk Beruno, ada yang makan orang. Wow!

Berbalik pada Ismi, dia juga sebenarnya hanya mahu melarikan diri daripada beban hutangnya. Kononnya tak mahu keluarganya diapa-apakan tetapi... jeng jeng jeng. Lain yang mahu, lain pula yang ditempa. Apakah benar kata rakan baiknya yang semua penduduk Beruno sudah berubah?

Jujurnya, penulis memang berjaya menyelitkan unsur saspens dalam cerita pendek ini. Memang mendebarkan. Aku tabik dengan kebolehan penulis yang hanya bermain dengan dua hari yang haru-biru buat Ismi dan keluarganya.

Dan aku suka rupanya naskhah ini. Dalam meniti rahsia mengapa penduduk Beruno jadi sebegitu, buat aku terfikir. Kita ada banyak pilihan dalam hidup. Yang baik atau yang akan memudaratkan. Antara mahu dengan tidak saja untuk menurut kata hati atau akal yang bijaksana ;))

Aku sangat-sangat cadangkan naskhah ini buat si anak kecil. Trust me, it’s worth it.

Happy reading (^-<)

Selasa, 18 Disember 2012

Mr Right Buat Ann

5:33 PTG 2 Comments
Mr Right Buat Ann
Ruby Hazri

ISBN: 9789675118845
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 452
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.” [blurb novel]

Mudahnya berkata-kata tetapi untuk membuatnya belum tentu lagi kan? Choi! Aku tak salahkan sesiapa cuma dalam hal ini sebagai seorang perempuan, ya dah pasti aku 'berdiri' di sebelah Ann ;P

Ann sudah menjangkau 31 tahun. Jadi ibu bapa mana yang tak risaukan anaknya sedangkan adik Ann sendiri sudah punya 2 anak. Bukannya Ann memilih sangat tetapi harus apa yang dilakukan bila si dia itu buat-buat tak tahu? Ann gadis biasa yang mahukan pasangan yang biasa-biasa juga. Tetapi kenapa Hanif itu ada banyak dalihnya?

Tapi bila 'melihat' Hanif, aku tahu bukan semua itu salahnya. Hanif seorang lelaki yang berdiri teguh membawa tanggungjawab di bahu. Dia perlu menyiapkan semua keperluan adik-adiknya. Dan bila saja mendapat tawaran kerja di Dubai, rasanya itu saat yang dinanti-nanti. Dia boleh membaiki taraf hidupnya. Tetapi dia lupa yang dia pernah berjanji yang akan mengahwini Ann bila umurnya mencecah 30 tahun. Jadi bila dua tahun yang dijanji itu berlalu, agaknya apa yang tinggal pada Ann?

Ann pun bukannya nak berubah hati tetapi dia cuma sudah tawar hati. Hanif bagai tak bersungguh-sungguh dengan hubungan mereka. Dan perginya Hanif begitu saja, meninggalkan Ann terkapai-kapai dalam merencanakan soal hatinya. Mudahnya lelaki!

Hati yang kecewa diasuh dengan penuh sabar. Ann perlu bangkit. Gagal bercinta bukannya pengakhiran hidup. Masa adalah penawar yang mujarab buat hati yang terluka. Kehadiran calon-calon lain yang mungkin menjadi Mr Right ditapis elok-elok. Dan munculnya watak Arman Faiz buat hatiku tenang kerana pastinya aku tak mahu Ann bersama Desmond atau Tuan Haji Kamil; duda beranak tiga itu kih5

Orang kata sukar nak menelah hati seorang perempuan tetapi hakikatnya sama saja baik lelaki atau perempuan. Kita memang tak mampu nak menduga apa yang ada dalam hati. Kan? Novel ini berjaya buat aku berfikir lebih soal hati dan perasaan ini. Dan aku rasa sebenarnya seorang perempuan tu tak minta banyak, cukup kalau seorang lelaki itu mampu menjadi imamnya dunia akhirat [Amboi! Cakap macam dah kahwin kih5 ;P]

Aku rasa tahun ni tahun di mana paling banyak baca kisah tentang gadis yang masih belum berkahwin. Perghhh terasa mak nokks! kih5 Tapi soal jodoh bukannya di tangan kita. Ia rahsia Allah yang tersembunyi. Seperti mana kisah Ann dan Hanif... mungkin kah kisah kita juga seperti itu?

Senyum. Senyum sampai langit bak kata Syasyaja ;))

Ps: Aku kepingin tahu akan hal Desmond lagi. Hmm, watak yang dah menjumpai 'nur' itu pastinya menarik bila dikupas. Boleh ke request begitu wahai cik penulis? hee ;))

Happy reading (^-<)

Isnin, 17 Disember 2012

Quick Post: Posto...posto!

11:25 PG 0 Comments
Assalamualaikum ;))

Berikutan email aku yang lepas, yang berkaitan dengan novel terpakai tu. Kami nak minta maaf kerana akan berlaku kelewatan penghantaran novel-novel anda. Ini kerana temanku itu kini sedang berada dalam wad. Tahniah diucap kepada Puan Ina di atas kelahiran anak sulungnya... yay!

Pada yang telah bayar tu jangan risau ye. Duit anda selamat. Cuma tolong berikan kami masa untuk mengepos [ada ke ayat ni? kih5] ke semua novel-novel anda. Harap anda semua dapat bersabar tetapi kalau rasa-rasa nakkan duit semula boleh beritahu. Kami akan pulangkan duit anda dengan segera.

Happy reading (^-<)

Khamis, 13 Disember 2012

Yang Sebenarnya

5:40 PTG 2 Comments
Yang Sebenarnya
Aisya Sofea

ISBN: 9789831244746 
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009
Halaman: 500
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Nadhiya [Dhiya] & Eddie – dua orang sepupu yang agak rapat. Apatah lagi bila Eddie membawa diri ke London setelah cintanya ditolak oleh Nazirah [kakchik]; kakak Dhiya. Saling berhubungan di alam maya membuatkan Dhiya semakin menyenangi Eddie. Lagipun Eddie umpama abang yang tak pernah dia ada, yang selalu menyokong perbuatannya.

Dhiya ni anak yang mandiri. Dia ada ijazah tetapi tak menggemari kerja-kerja pejabat. Sudahnya berkerja di restoran sebelum dia berpeluang membeli van terpakai untuk dijadikan van sekolah. Ibu mana lah yang tak senang hati bila melihat anak gadisnya sebegitu. Tetapi Dhiya memang selamba gila hingga dia membawa pulang si kecil Fauzan ke rumah. Mak Dhiya ni walaupun suka membebel tetapi dia sangat sayangkan anak kecil. Terpandang Fauzan, cepat saja hatinya sejuk.

Fauzan tu pula anak Ahmad; mekanik di bengkel yang selalu Dhiya hantarkan vannya kalau rosak. Kehadiran Fauzan dalam hidup Kakchik mengembalikan semula semangat Kakchik yang lumpuh. Kakchik ni dalam proses menuntut cerai. Hmm, aku tak pasti kenapa adegan Kakchik bagai ada-tiada-ada saja. Mulanya kisah dia tolak Eddie, kemudian nak kahwin dengan duda lepas tu cerai dan jatuh cinta dengan Ahmad. Tetapi itu semua bagaikan dibayangi oleh watak Dhiya. Mungkin kerana fokus utamanya adalah Dhiya, jadi begitulah *wink*

Ok kembali pada Dhiya ;P Dhiya akhirnya menerima tawaran berkerja dengan Pak Longnya. Itu pun dengan syarat yang dia hanya berkerja sementara. Dan di situ rupanya dia perlu berkerjasama dengan Eddie. Tetapi kenapa Eddie di pejabat dengan abang Eddie YMnya tak sama? Memang mencengkam perasaan bila baca scene Eddie mengamuk dan panas baran tak tentu hala. Dan ada masanya aku rasa Eddie ada split personality. Dhiya pun satu, dengar je kalau si Eddie tu marah-marah. Cubalah melawan sikit kih5

Tetapi rupanya dalam diam, Eddie dah ada rasa lain pada Dhiya. Dan kehadiran Nuryn; kenalan Eddie di London yang turut berkerja di syarikat sama umpama pintu buat Eddie dan Dhiya mengenali rasa lain yang timbul itu. Watak Nuryn walaupun agak mental, tetapi lebih memorable daripada watak-watak lain. Kenapa aku cakap dia mental? Baca sendiri lah ;P
Banyak perkara yang buat aku 'kurang rasa' tetapi yang yang paling buat aku rasa tak enak adalah ini:- 

“Baju tak ikut piawaian. Balik rumah nanti abang qada” [page 277]
Walaupun ianya perbualan antara Eddie dan Nadhiya aku tak rasa ia wajar dituliskan. Takut ada yang tersalah faham akan hal qada solat ini kerana aku sendiri baca 2-3 kali bila tiba di ayat ini. Risau aku pula yang tersalah faham akan maksud sebenar penulis. Dan kalau aku yang salah, maafkan aku.

Satu lagi pasal YM dan sms yang digunakan. Susun aturnya agak berterabur dan sukar untuk aku bezakan yang mana dialog, YM atau sms. Ditambah pula dengan kesalahan ejaan. Aduhai!

Ps: Aku pinjam novel ini daripada seorang teman maya; Fatim namanya ;))

Happy reading (^-<)

Damai Aku Dalam Haruman Sakura

5:15 PTG 0 Comments
Damai Aku Dalam Haruman Sakura
Hafizul Osman

ISBN: 9789670201405 
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Januari 2012
Halaman: 220
Harga: RM15

~ Rasaku… ~

Bagaimana ya nak mulakannya? Sedangkan aku pada mulanya tidak terfikir untuk membeli buah tangan enche Hafizul Osman *opps* kerana senarai wajib beli sudah berjela ;P Tetapi nampaknya aura si penulis ditambah dengan perkataan 'REJECT' di hadapan kulit buku benar-benar memikat!

Ini kisah anak remaja. Dan jujurnya aku suka bila baca novel yang tak sampai 300 halaman ni, ringan dan mudah untuk dihadam. Lagi satu, tak akan ada konflik yang bisa buat kita pening kepala. Ha, kan ke menarik kalau dapat buku begini?

Azmil dipilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun. Sebagai anak muda, hati mana yang tak gembira. Apatah lagi ketika itu dia berazam untuk menjadi pelajar yang tak mudah kalah dengan rasa hati. Umur masih muda, makanya cita-cita perlu diutamakan.

Namun fitrah sang remaja, rasa suka itu tetap singgah di hati. Bertemu Aki; gadis manis di negara matahari terbit itu mengundang rasa indah. Aki yang pernah patah hati dan kemudiannya jatuh cinta pada Islam. Dan terima kasihlah kerana tak buat ia kisah cinta [?] yang klise. Aki tak bersama Azmil ok. Dan terima kasih juga kerana Azmil tidak memilih Syahida. Sebaliknya takdir membawa persahabatan Azmil-Amira ke peringkat yang selanjutnya. Yay! Eh! Aku dah cerita kesudahannya kih5

Aku tahu tak mudah untuk penulis menggambarkan kebudayaan Jepun dalam karyanya. Oleh yang demikian aku bagi kredit untuk itu. Info yang diselitkan disampaikan dengan cukup ringkas tetapi masih ada input yang boleh diambil. Cuma rasanya ada yang terlepas pandang:-


Orang kata saat remaja saat yang paling indah. Benar. Kalau bisa diundur masa, aku tetap akan pilih masa itu. Kita belajar untuk tersenyum, ketawa dan menangis di waktu yang sama. Bebas dengan perasaan yang pelbagai. Bebas untuk mengejar apa yang diimpikan. Indah kan?

Ps: Terima kasih pada tuan penulis untuk 'cop mohor' dan cadangannya untukku membeli buku Beruno. Memang terbaik!

Happy reading (^-<)

Big Bad Wolf 2012

8:27 PG 0 Comments

Sepatutnya aku post semalam ke, minggu lepas ke tapi... aku sibuk. Ya! Aku tersangatlah sibuk. Sepatutnya pun aku kena tulis resensi yang berderet-deret itu tapi... hahaha5

Aku jealous pada yang pergi tu. Aku tak rasa aku sempat pergi walaupun rumahku dengan The Mines tu sekangkang kera je *wink*

 


Ps: Kalau sempat petang nanti aku post lagi. Kalau sempat la hee ;)


Happy reading (^-<)

Khamis, 6 Disember 2012

Mikhail

8:39 PG 0 Comments
Mikhail 
Ramlee Awang Murshid


ISBN: 9789831244326
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 494
Harga: RM19.90


~ Rasaku… ~

Novel ni buat aku terkenang kisah Legasi Pejuang dan Hero. Tak sama cuma aku suka bila isu Yahudi yang licik dan jahat dipaparkan dalam novel santai begini [santai ke?] kih5 ;P

Tiada masalah sebenarnya nak menghadam novel ini terutamanya para pembaca tegar RAM. Ianya disampaikan dengan mudah, hmm dan aku rasa ianya terlalu mudah. Maaf ya tuan penulis. Aku tak rasa excited sebab daripada mulanya aku sudah mengagak siapa si Dickens itu. Jarang sebenarnya tekaan aku betul kalau tiba di tulisan RAM, tapi kali ini ianya benar-benar kena pada tempatnya.

Mikhail – ya! Dia bukan sekadar nama. Di sebalik namanya terhimpun seribu satu muslihat si Yahudi yang tak akan pernah berhenti mencari helah menjatuhkan kita. Hilang satu Mikhail, mereka ada beribu lagi Mikhail yang akan tampil ke hadapan.

Mikhail ada misi dendam yang dipendam hampir 16 tahun. Dia perlu menuntut bela atas kematian keluarganya yang ditembak mati. Ketika itu, muncul Dickens [Uncle Dick] yang membantu Mikhail dan membawanya lari jauh dari bumi Malaysia. Dickens umpama ayah buat Mikhail. Dengan Dickens, Mikhail dilatih untuk menjadi seorang pembunuh professional.

Dan kepulangan Mikhail ke tanah air mengubah perspesinya tentang misinya itu. Dia keliru antara siapa itu Tahir yang sering saja muncul dalam mindanya dan juga motif untuk membunuh anak-anak Dato’ Halim sedangkan selama ini fokusnya untuk membalas dendam pada si pelaku bukan keluarga si pelaku kejam itu. Tetapi kerana itu arahan daripada Uncle Dick, Mikhail teruskan.

Namun bila bertemu dengan Riena Raihana [Raihana], lain pula jadinya. Memandang Raihana buat hati Mikhail tak tentu. Di waktu percubaan pertama untuk membunuh Raihana, Mikhail menyedari sesuatu. Bukan dia saja yang harus membunuh Raihana, ada insan lain juga sedang memburu Raihana dan juga pastinya dirinya juga. Tetapi siapa?

Bayangan Tahir makin menghimpit. Uncle Dick bagai ada yang tak kena. Dan Mikhail ingin menyiasat apa sebenarnya berlaku. Mengapa dia dijadikan buruan sedangkan dia juga seorang pemburu? Killer signature – itu yang buat aku bertahan dengan buku ini. Apa lagi terpandang nama Attokz Dikulgai. Wah! Famous de amos sungguh ;)) Cuma rasanya aku pernah baca kisah pembunuhan tragik tulisan RAM yang lagi hebat daripada ini.

Watak Raihana benar-benar menguji tahap kesabaran aku. Aku faham yang watak Raihana amatlah berbeza dengan Mikhail. Selayaknya sebagai pasangan hidup Mikhail untuk saling melengkapi. Tapi entah, aku rasa Raihana tak cukup kuat untuk Mikhail. Are my expectations too high? *wink*

Aku lebih suka kalau Mikhail dipadan dengan Zetty. Nampak lebih gempak gitu kerana kedua-duanya pandai bermain senjata api hee ;))

Tapi... itu pendapat aku. Tak semestinya sama dengan selera kamu ;P

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)