Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Isnin, 30 Julai 2012

Kasih Disemai Sayang Dituai

2:20 PTG 2 Comments
Kasih Disemai Sayang Dituai
Dr Amida Abdul Hamid

ISBN: 9789830971803
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2008
Halaman: 224
Harga: RM19.90


~ Rasaku… ~

Membaca titipan pengalaman Dr Amida umpama menyelongkar 'peti' hidup sendiri ;D Ewah! Gaya hidup bagai dah berabad lamanya sedangkan baru melangkau suku abad aku bernafas di muka bumi ini kih5

Boleh dikatakan aku suka keseluruhan memoirnya. Dari zaman kanak-kanak hinggalah menginjak usia remaja dan dewasa. Penulis menggunakan gaya bahasa yang cukup sederhana. Tidak melebih-lebih dan tidak terlalu santai. Kiranya memang sedang-sedang saja. Jadi, aku sebagai pembaca yang begitu gilakan novel, pastinya tidak akan bosan bila membaca kisah-kisah realiti sebegini. See... tak susah kan nak tukar selera sekali-sekala?

Penulis bermula dengan kisah si kecil yang baru mula mengenal dunia. Si kecil itu dilakar dengan penuh gaya. Mungkin kerana penulisnya sendiri yang bergelar si kecil itu, jadi pastinya ia kelihatan lebih reliable untuk kita yang membacanya. Cuma aku tertanya-tanya, penulis bercerita hampir keseluruhan kisah hidupnya. Tentang emak dan baknya, adik-adiknya, tuk dan makcik serta sepupunya, para teman dan sahabat, tentang puteri dan puteranya tetapi tiada kisah sang raja hatinya. Maaf bukan menyibuk tetapi pastinya terdetik hati ingin tahu kisah kasih sayang antara penulis dan si dia hee *wink*

Walau bagaimanapun ketiadaan kisah sang raja itu tak mencacatkan langsung buku ini kerana padaku, ia tetap sebuah titipan pengalaman yang kaya dengan kasih sayang. Memang sarat dengan nostalgia. Apatah lagi tiap ceritanya ada unsur teladan dan pengajaran.

Tapi ada yang aku tak suka. Apa itu?

Design layout buku comel ini. Aku tak pasti sama ada ia memang direka sebegitu atau apa, tetapi entahlah tak berapa nak elok pada kaca mataku. Ianya pasti akan nampak lebih kemas dan menarik jika disusun atau di-justify tiap perenggannya.

Namun walau apa pun, aku tetap senang dengan buku ini. Sesuai dengan tajuknya, kasih sayang akan sentiasa mengalir saat anda mula membaca. Hati sekeras kerikil pun pastinya akan tersentuh. Ya, aku percaya kerana tiap manusia itu bukankah punya perasaan? ;)

Usai menutup buku comel ini, aku teringat akan satu firman Allah yang membawa maksud lebih kurang begini:-

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." – Surah Al Imran, ayat 54 [betulkan kalau aku salah akan maksud sebenar ayat ini ;)]

Lantas bibir tanpa sedar menyanyikan “Que sera sera... whatever will be will be. The future's not ours to see... que sera sera...”

Happy reading (^-<)

Jumaat, 27 Julai 2012

Gulai Pisang Ikan Masin

11:13 PG 3 Comments
Gulai Pisang Ikan Masin
Szalies

ISBN: 9789675118722
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Mac 2012
Halaman: 477
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

Aku beli novel ni kerana kulit novelnya [teruk perangai!]. Dan ketika mula membacanya ada rasa bosan yang menjengah. Bila sudah sampai suku cerita baru graf membaca naik ;D

GPIM sebuah kisah yang 'mahal' nostalgianya. Aku kata begitu kerana isi ceritanya mampu membawa kita kembali pada kenangan di kampung. Ini memang bukan cerita stereotaip sang jejaka hebat bercinta dengan anak gadis tercantik. Tidak. Ini sebuah kisah cinta yang biasa-biasa saja. Itu pun sebenarnya kisah cinta Ipin dan Latifah hanya penyeri, bukan cerita pokoknya.

Apa yang buat aku terpaku dan terus membuka helaian demi helaian adalah kerana rasa yang 'hidup.' 'Hidup' kerana ia membawa aku kepada kehidupan seharian masyarakat di kampung secara totalnya. Aku tabik dengan keberanian Szalies bermain dengan latar belakang kampung ini. Dan jujurnya aku kira beliau berjaya meyakinkan aku [sekurang-kurangnya aku la yang membacanya kan?] tentang realiti kehidupan anak-anak kampung.

Kisah Ipin yang perlu berhenti sekolah kerana perlu menjadi tonggak keluarganya memang selalu dilihat di kaca televisyen. Namun bila ia diolah dengan baik oleh penulis, ia mampu mengundang rasa simpati dan kasihan pada Ipin. Apatah lagi dalam usia yang muda dia perlu menjaga ayahnya; Seman Tol yang sudah mereng. Kehadiran watak-watak lain amat penting kerana ceritanya berjalan bersama watak-wataknya jua seperti ayah Latifah; Long Deraman dan Leman Kemek.

Apabila Ipin bertemu kembali dengan Latifah dan Leman Kemek setelah dewasa, di saat itu dia terasa jauh kerana pastinya dia tidak punya apa-apa berbanding dua temannya yang sudah berkerjaya hebat. Dan di saat ini aku mengerti sesuatu. Kita ini manusia sama saja, punya perasaan, punya hati, punya sensitiviti dan punya maruah. Andai salah satunya tercalar, kesannya tetap sama. Hati akan terluka, jiwa akan merajuk.

Baru perasan, aku tak bercerita langsung tentang sinopsisnya kan? Let it be. Aku mahu kamu yang teringin membacanya mencari novel ini. Cuma ingatan, pada yang sukakan kisah romatinca de amor, rasanya ini memang bukan novel anda ;)

Happy reading (^-<)

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan

3:48 PTG 4 Comments
Alhamdulillah, esok kita akan mula berpuasa.
Dan bila dah masuk bulan Ramadan ni, gear membaca aku biasanya akan turun sikit. Jadi, ada tiada review aku sendiri pun tak pasti kih5

Aku doakan yang baik-baik saja untuk kamu semua ;)




Happy reading (^-<)

Khamis, 19 Julai 2012

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

8:11 PG 0 Comments
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Norhayati Berahim


ISBN: 9838934275
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketujuh 2005
Halaman: 444
Harga: RM21.90


~ Rasaku… ~

Kalau ikutkan kisah ini mudah saja, kerana kisahnya berpusing sekitar watak utamanya iaitu Atiqah. Kisah Atiqah dengan ibunya, ayahnya, teman-teman dan juga dengan Nik Arif; anak lelaki Hajah Mimah, tuan empunya rumah sewa Atiqah. Memang mudah dan ringkas kan jalan ceritanya? Namun kerana penulisnya pandai bermain dengan kata dan emosi, kita terasa sayang nak tinggalkan novel ini ;D

Atiqah gadis yang mandiri, mungkin kerana ayah dan ibunya telah berpisah. Atiqah memang kecewa dengan ayahnya; Datuk Marzuki yang bagaikan lelaki tidak sedar diri [kejam ayat aku ni kih5 ;P], dah berusia tetapi masih mengejar pucuk muda. Sudahnya, ibunya yang ditinggalkan. Mana hatinya tak kecewa. Lantaran itu Atiqah bertindak keluar daripada rumah agam ayahnya.

Atiqah menyewa rumah dengan Hajah Mimah. Wanita itu dianggap bagai ibunya sementelah Zainab [ibu Atiqah] telah bermaustatin di New Zealand setelah berpisah dengan ayahnya. Di sini, Atiqah cuba menjadi gadis yang biasa-biasa. Dia tak mahu namanya dikaitkan dengan Datuk Marzuki. Dia malu kalau orang lain tahu yang dia adalah anak gadis lelaki yang dah terkenal dengan sikap kaki perempuannya.

Di rumah Hajah Mimah jugalah dia mengenali Nik Arif. Hajah Mimah yang dah lama berkenan dengan Atiqah ni cubalah mengenenkan anaknya dengan Atiqah. Tetapi masa tu, Nik Arif ni skeptikal sikit. Dia ingat si Atiqah ni baik ada makna. Ceh! Perasan punya laki! Nik Arif lebih rela memilih berbaik-baik dengan June, teman serumah Atiqah.

Atiqah ni pula memang tak pernah nak ambil kisah sebab dia ni macam ada sikit rasa unsecure dengan lelaki. Mungkin kerana sikap ayahnya, jadi Atiqah amat berhati-hati. Tetapi lama-lama, si Nik Arif pula yang tergila-gilakan Atiqah. Ha, baru tau penangan Atiqah tu. Lain kali jangan nak judge orang pakai sebelah mata kih5 ;P

The rest? Kena carilah sendiri novel ni. Memang tak best kalau reveal lebih-lebih. Mengenangkan Nik Arif, mengingatkan aku dengan watak-watak lelaki dalam novel NB sebelum ini, macam Fikri [Teguh], Daniel [Air Mata Kasih], Johan [Seindah Derita] dan Adam [Aku Bukan Billy Miligan]. Kesemuanya memang ego melangit pada mulanya tetapi bila cinta dah tergolek-golek dalam hati, bukan main lagi. Extra romantic habis. Nakalnya memang terlebih. Ada masa buat rasa menyampah, segan dan merah muka *wink*

PTSL dah masuk dalam carta hati gobokairina ;D Baca berulang-kali pun tak jadi masalah. Tak kisahlah kalau orang kata aku bias atau tidak, kerana selain Kaksu, Kak Yati adalah antara penulis senior yang paling dikagumi. Ceritalah apa saja, pastinya mereka jarang menghampakan para pembacanya ;D

Ps: Aku beli online je dengan Sallynna. Thanks sis! :D

Happy reading (^-<)

Selasa, 17 Julai 2012

Promo: MPH Kad Mutiara Minda

12:44 PTG 0 Comments

Aku tertarik dengan promo menarik dari MPH - Kad Mutiara Minda. Kebetulan, promo itu dihantar melalui peti email, terus tangan ni gatal nak buka websitenya ;)

Membaca sambil beramal. Ala RM10 je, apa lah sangat nak dibanding dengan nilai buku kan kan kan? *wink*

Selamat menyambut Ramadan in advance!

Ps: Kenapa bila tiba Ramadan, any promo mesti guna warna hijau? Warna lain tak boleh ke? Pink, kuning, hitam? hee :P

Happy reading (^-<)

Bittersweet

10:21 PG 0 Comments
Bittersweet
angelseptember

ISBN: -
Penerbit: http://secretsoflifetime.wordpress.com
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 9 bab [termasuk ending]
Harga: -

~ Rasaku… ~

Lama kan aku tak review any online stories? Bukan apa, ketiadaan masa dan ruang [eceh, alasan! hee ;P].

Cerita ini aku pilih kerana episodnya yang tak sampai sepuluh pun. Cepat sikit la nak habiskan. Lagipun lagi mudah pilih cerita yang ringkas-ringkas sebab nak duduk depan komputer lama-lama takut mata makin kelabu kih5 :P

Jazlan dan Jasmine, sweet couple even though ada adegan-adegan mesra mereka itu mungkin terlebih. Atau mungkin kerana pengantin baru, makanya ia ditunjukkan sebegitu, supaya nampak lebih real. Mereka berdua kenal di kedai bakery. Alahai! Sweet! Langsung mengingatkan aku pada novel SI, tak sama tetapi pertemuan di bakery itu saja yang lebih kurang serupa.

Jazlan ni sebenarnya frust dengan Fazura, kekasih hati ketika mereka di alam universiti lagi. Tetapi dek kerana Fazura ini gadis yang high class kononnya, maka ditinggalkan si Jazlan yang ketika itu masih bergelar office boy. Lima tahun kemudian, mereka bertemu semula di majlis perkahwinan abang angkat Jazlan, Waleed & Widad. Di saat itu, Fazura mula mengejar Jazlan kerana sekarang Jazlan dah up sikit dari office boy.

Namun Jazlan ni dah serik. Lagipun dia dah terjatuh hati pada Jasmine, gadis yang bekerja di bakery Widad. Kebetulan ketika Fazura merayu-rayu nak kembali pada Jazlan, si Jazlan ni menarik Jasmine dan mengaku yang dia cintakan Jasmine. Jasmine yang terkedu, tak berkata apa-apa sedangkan hatinya mengaku dia pun sudah menyukai Jazlan. And the rest... kena baca sendiri lah! Bukan susah pun, klik saja blog Cik Angelseptember ;)

Aku suka cara penulis yang menceritakan [baca: menulis] kisah ini dengan santai dan laras bahasa yang mudah. Simple. Memikat. Tak terlalu banyak perincian, tak meleret-leret, tetapi cukup seadanya. Memudahkan para pembacanya menikmati kisah ini dengan tenang dan senyuman yang pastinya tak akan hilang walau sudah sampai di penghujungnya. Bittersweet! I like it :D

Mungkin lepas ni aku akan start baca kisah Waleed & Widad pula.... tajuknya catchy!

Happy reading (^-<)

Jumaat, 13 Julai 2012

Anugerah Pilihan Pembaca 2012

9:20 PG 0 Comments

Kalau korang ingat lagi, aku ada review tentang novel Yes, Boss! karya Areila Sahimi yang merupakan calon pilihan pembaca untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2012.

Dan ini update tentang calon-calon yang lain. Ewah! Macam PRU pula kih5 ;P


Happy reading (^-<)