Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Khamis, 24 Februari 2011

Cabaran 50 Novel

8:20 PG 8 Comments
Untuk makluman semua. Aku nak kongsi lagi tentang Cabaran 50 Novel hari tu. Sebenarnya bukan 50 novel je... ia termasuk apa-apa saja bahan bacaan yang berbentuk buku. Jadi kalau ada antara kamu semua ni berminat. Sila-sila, jangan segan! Boleh sertai lagi :D

Ini aku ambil info dari laman Ulat Buku :


Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.
Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami ?

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM100 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Menarik tak? Ha, apa lagi jangan lepaskan peluang! Untuk syarat-syarat lain, boleh saja ke halaman Ulat Buku. Selamat membaca & selamat menjadi 'geng Lomba Baca 2011'

Sumber: http://ulatbuku-06.blogspot.com/


Happy reading (^-<)

Rabu, 23 Februari 2011

Tak Kuduga

1:55 PTG 0 Comments
Tak Kuduga
Ramlah Rashid

ISBN: 978983366906
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 7 Jan 2006
Halaman: ~ 496
Harga: RM18.90

~ Rasaku… ~

Between love and gratitude, Siti Atilia has to choose between Datuk Firzat and his son's love, Farami. [Blurb taken from website]

Kalau baca blurb di atas dah terang-terang ini seperti kisah cinta 3 segi. Tapi apabila baca aku tak letak ia dalam kategori itu. Sebabnya cinta yang ada tidak dilafazkan. Lantas teringat pada novel Samudera Indah Nian yang mengatakan cinta itu bukannya cinta selagi ia tak dilafazkan. Eh, benarkah? hahaha :p

Siti Atilia Husna [Lia]; gadis muda yang lari dari kampungnya kerana tak mahu berkahwin dengan sepupunya sendiri. Lia yang ketika itu mendapat tawaran ke universiti tidak disokong oleh ibu saudaranya sebaliknya makciknya itu mahu mengikat Lia dengan anak tunggalnya yang memang tak boleh diharap. Lia tekad untuk melarikan diri di hari perkahwinannya. Ni memang kerja gila!

Kali pertama menjejak kaki ke Kuala Lumpur tidak mudah. Apatah lagi untuk gadis mentah seperti Lia. Ditipu oleh Nayli dan nyaris-nyaris saja dia dijadikan pelacur. Mujur Lia ni bijak dan berani juga. Kalau tak memang habis! Dalam episodnya melarikan diri daripada Nayli dan konco-konconya, dia bertemu dengan Datuk Firzat. Lia menumpang teduh di kondominium mewah Datuk Firzat. Di saat itu barulah dia tahu siapa Datuk Firzat sebenarnya.

Ketegasan Lia wajar dipuji. Tidak mudah diperdaya dan dengan perlahan-lahan juga dia berjaya membawa Datuk Firzat kembali ke jalan yang benar. Namun hati Lia berkocak juga apabila berdepan dengan Datuk Firzat. Gaya, kemanjaan disertai dengan budi jasa Datuk Firzat membuatkan Lia teringat-ingat, lantas terjatuh cinta! Kuat penangan Datuk Firzat sehingga Lia yang teguh hatinya turut tewas meladeni rasa cinta yang baru bertunas.

Kemunculan Nik Norman Farami [Farami]; yang merupakan anak angkat Datuk Firzat turut menggugat hati Lia. Kenakalan dan ketampanan lelaki itu acap kali menyebabkan jantung Lia bergetar lebih hebat daripada biasa. Sudahnya Lia bingung. Cintanya itu pada siapa? Datuk Firzat atau anak angkatnya?

Semasa terpandang saja penulisnya, aku dah terus ambil. Kredit kepada penulisnya yang membawa isu pelacuran-perempuan simpanan dalam cerita ini. Ada banyak yang boleh dikutip. Antara dianiayai atau menganiayai, antara kita yang rela atau dipaksa rela untuk memilih jalan sendiri. Memang takdir itu telah ditetapkan tetapi kita berhak dan seharusnya memilih jalan yang mana kita lalui - hitam atau putih. Tepuk dada, tanya hati… bertemankan iman pasti ada jalannya!

Ps: Aku beli novel ni semasa Karnival Alaf hari tu dengan potongan 50%!

Happy reading (^-<)

Ahad, 13 Februari 2011

Spanar Rindu Skru

9:21 PG 0 Comments
Spanar Rindu Skru
Emma Maizura

ISBN: 9789831245583
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 2010
Halaman: ~500
Harga: RM19.90


~ Rasaku… ~

SRS kisah persahabatan antara Azreen dan Amin. Berkenalan semenjak kecil membuatkan kedua-duanya rapat. Bagai isi dengan kuku. Namun perbezaan darjat yang begitu ketara menyebabkan hubungan itu terputus di tengah jalan. Ayah Azreen, Dato’ Yussof begitu membenci Amin. Siap hina-hina Amin lagi. Entah apa salahnya menjadi orang miskin?

Azreen yang selama ini dibela oleh datuk dan neneknya dipanggil balik ke KL. Dato’ Yussof mahu Azreen melanjutkan pelajarannya sekaligus merenggangkan lagi hubungan anaknya dengan Amin. Dato’ Yussof sendiri tak begitu sukakan minat Azreen yang lebih menjurus kepada dunia automobil. Azreen suka hidup dalam dunia mekanik, bergelumang dengan spanar dan skru, bermandikan minyak hitam dan menghirup bau enjin. Minat Azreen itu direstui oleh datuknya, Haji Rahim yang membuka sebuah bengkel di kampung.

Kehilangan Amin tanpa meninggalkan sebarang berita menyebabkan dunia Azreen gelap-gelita. Di saat itulah dia menyedari rasa sayangnya terhadap Amin rupanya adalah cinta. Namun sayang, dia tak sempat meluahkannya. Kehadiran Razin yang cuba mencuri hatinya tidak diendahkan. Hanya kerana arahan ayahnya, Azreen membiarkan Razin menemaninya. Puas dibuka hati untuk Razin, apatah lagi Razin bakal menjadi tunangannya namun apakan daya… hati Azreen sudah pun tepu dengan nama Amin.

Dalam pada itu Azreen berkenalan dengan Skru; teman alam maya. Menggunakan nama Minah Spanar, dia jadi selesa dengan Skru. Umpama bertemu dengan sahabat lama, dia jadikan Skru tempat meluahkan rasa. Tak susah sebenarnya nak meneka siapa Skru tu. Sejak awal lagi aku dah dapat agak.

Sebenarnya aku suka jalan ceritanya terutama ending yang bukannya cliché. Tetapi aku tak tahu apa yang kurang, kerana ianya tidak begitu 'masuk' dengan jiwaku. Rasa sedihnya tak dirasa. Tak pasti samada aku yang kurang menjiwai ataupun mungkin kerana aku tak menggemari pembangunan watak Azreen. Pada mulanya wataknya begitu menonjol. Tak mudah mengalah, keras hati dan ada pendirian. Namun di akhir-akhir plot aku jadi muak dengan sikapnya. Maaf!

Happy reading (^-<)

Isnin, 7 Februari 2011

Rindu Belum Berhenti

10:30 PG 2 Comments

Rindu Belum Berhenti
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831243602
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Catakan Pertama 2008
Halaman: ~479
Harga: RM18.00

~Rasaku… ~

RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan Zack@Izz Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.

Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di universiti, Adni baru mencecah 15 tahun.

Cinta tak mengenal usia. Tepat sekali ungkapan itu dalam kisah Izz-Adni. Adni yang masih budak sekolah itu jatuh cinta pada Izz tetapi Izz menolaknya. Dia tidak yakin yang dia sebenarnya juga sudah menyayangi Adni lebih daripada adiknya sendiri. Kisah mereka tamat ketika Izz melangkah pergi ke luar negara. 'Kematian' Izz menyebabkan Adni hilang punca. Dan waktu itulah Khairy Hashimi [Khairy], adik Izz menjadi tulang belakang Adni.

Kini bila dia bertemu Adni, pastinya cerita lama disingkap kembali. Kisah kematian palsunya, kisah jenayah hitamnya… semuanya menjadi satu. Hidup Adni yang pada mulanya tenang kian berkocak. Nyaris dibunuh tetapi diselamatkan oleh jejaka berjaket serba hitam membuatkan dunianya tunggang terbalik. Siapa sangka jejaka yang menyelamatkannya itu adalah Izz Karami; lelaki pertama yang dicintainya. Luka lama berdarah kembali tetapi dalam pada masa yang sama hatinya kini berwarna-warni. Cinta yang disangka sudah pergi rupanya masih wujud dalam hati.

Menjadi pelarian bukanlah mudah. Apatah lagi mereka bukan saja diburu oleh penjenayah tetapi juga pihak polis. Izz sehabis daya melindungi dengan bantuan Tony; teman sepenjenayah [ada ke frasa ni? :P] lama. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mereka yang kita sayang, rupanya dalang kepada semua ini. Bila manusia diselebungi dendam kesumat, tak mustahil lagaknya tak ubah seperti binatang. Apa kisah pelarian ini? Dan apa pula kesudahan cinta Adni pada Izz, akan bersambutkah hulurannya kali ini? Ha, kenalah baca ok!

Novel kedua tulisan Kak Dhiya ini adalah cubaan pertamanya dalam genre thriller-romantic. Percubaan yang harus diberi pujian kerana ianya menjadi walaupun tidak perfect tetapi tak dapat dielakkan ia memang mendebarkan! Kredit pada penulisnya kerana berani meletakkan sisi hitam dalam watak sang heronya :D

Cuma aku tak berapa suka dengan scene Adni yang sewenangnya mengikuti langkah Izz. Maksud aku ketika dia dengan beraninya mendiami rumah Izz dalam prosesnya cuba memujuk Izz. Adni aku kira gadis yang santun, jadinya perbuatannya itu kelihatan kurang manis :P

Nilai seseorang itu sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya. Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kepekaannya terhadap kehormatan diri [page 454]

Ps: Tinggal satu lagi karya yang belum dibeli. Eh, akan masuk dua la sebab NBF bakal diterbitkan :D Congratulation sis!

Happy reading (^-<)

Rabu, 2 Februari 2011

Nyanyian Tanjung Sepi

12:00 PTG 15 Comments

Nyanyian Tanjung Sepi
Noor Suraya

ISBN: 9838936766
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2006 [Cetakan 2010]
Halaman: ~755
Harga: RM29.90


~ Rasaku… ~

Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka 'tergantung' seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D

Happy reading (^-<)

Cabaran 50 Novel/Buku

8:28 PG 4 Comments
Kak Adhan beria tag aku tiap kali dia sudahkan cabaran membaca novel hehe Memang aku dah sahut cabarannya! Tapi baru aku perasan yang ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Dan di sini aku nak kongsikan bersama-sama kamu semua.

(a) Daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)

(b) Sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN

(c) Emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku

(d) Letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..

Tempoh cabaran : 01 Januari 2011 - 31 Disember 2011
(hanya novel/buku yang dibaca dan dibuat sinopsis mulai 01 Jan sehingga 31 Dis 2011 sahaja)

Sumber: http://dunia-novel.blogspot.com/

Mood membacaku seakan jatuh. Makin perlahan dalam membaca, tak pasti kerana kesuntukan masa atau aku yang masih tak mampu menguruskan masaku dengan baik. Sudah masuk bulan kedua, aku kira aku juga seharusnya sudah boleh membiasakan diri dengan suasana baru! Mood menulis review pun sama! Sudah dua buah buku ditamatkan tetapi masih tak ada 'rasa' yang boleh dikongsi…ngee~~


Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)