Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Rabu, 26 Januari 2011

Odisi Bulan Biru

9:48 PG 6 Comments

Odisi Bulan Biru
John Norafizan

ISBN: 9789675118159
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tarikh Terbit: Mac 2009
Halaman: ~ 478
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Seperti kisah-kisah JN yang lalu, penulis suka benar membawa para pembacanya bersama-sama mengembara dan meneroka sesebuah negara. Dan untuk kali ini, aku 'dibawa' Akira Muhammad [Akira] menikmati keindahan bumi Jepun dan Turki.

Menggunakan kata nama diri 'aku' memang lebih memudahkan pembacaan apatah lagi kalau kisah pencarian sebegini. Akira bukanlah hero sebenar cerita ini. Wataknya dibina berdikit-dikit sebelum boleh dianggap wira. Jujurnya aku lebih tertarik dengan watak Yamata, lelaki misteri yang menyelamatkan Akira sewaktu dia cuba membunuh diri. Aku juga lebih suka dengan Emri, anak muda yang cacat penglihatan di bumi Turki itu. Dua watak ini menyedarkan aku betapa pentingnya kita percaya pada Tuhan. Iman dan kecintaan kita hanya senipis kulit bawang, tanpa pegangan yang kukuh kita akan tersungkur bila-bila masa saja.

Watak-watak lain seperti Ayumi, Kafka dan Nakamura merupakan pelengkap kisah Akira. Mereka semua ditemui ketika Akira mencari ayahnya. Namun siapa tahu dalam misinya itu dia juga terheret sama dalam pencarian kitab yang boleh merungkai misteri nama Allah yang ke-100. Di penghujung kisah, barulah muncul Qistina. Gadis yang kita kenali semenjak daripada Bab 1. Menarik kerana watak itu yang akan membongkar keseluruhan pencarian ini. Lupa! Watak yang penting juga. Umazaki; adik Akira. Dia pencetus kepada pencarian ini.

Ini kisah pencarian. Bukan saja mencari seseorang atau pun sesuatu tetapi juga sesi mencari diri sendiri. Dalam Akira mencari ayahnya dan membantu Ayumi dan Kafka, dia sebenarnya sedang mencari dirinya yang 'hilang'. Mahu tahu apa maksudku? Sila baca :D Dan ya, amat penting jangan melangkau pembacaan kerana setiap babak ada adegan flashback yang akan membawa anda lebih mengenali cerita ini sebenarnya. Banyak yang aku nak tulis tetapi bagiku cukup setakat ini. Kisah pencarian ini perlu dirasai sendiri. Anda harus mengembara bersama-sama Akira kerana penghujungnya kita akan berada di Doro No Kakou :D

Terbang tinggi mengikut angin dan jangan sesekali melihat ke bawah. Ikut ke mana hati ingin pergi dan jangan pernah menyesalinya [page 199]

Ps: 3 bintang? Kenapa? Kerana GGDV lebih berkesan di hati :))

Happy reading (^-<)

Khamis, 13 Januari 2011

Kasih Buat Nisa'

5:14 PTG 4 Comments
Kasih Buat Nisa’Iqbalsyarie Bin Shaari

ISBN: -
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/

Tarikh Terbit: 12 Januari 2011
Halaman: -
Harga: -


~ Rasaku… ~
Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah mereka yang mencintai agama. Cerpen yang ringkas tetapi padat dengan isi. Penulis aku kira berjaya mengingatkan kita dengan hukum yang mungkin kita anggap terlalu remeh. Hukum bertudung dan cara bertudung/jilbab yang dikenakan kepada semua wanita yang beragama Islam. Caranya halus saja dan disampaikan dengan mudah.

Perbualan antara dua sahabat, iaitu Abbas Syafi [Abbas] dan Adhlan Nafis [Adhlan] sebenarnya merujuk pada cara orang kita bertudung, cara si anak gadis menggayakan tudung & juga si gadis yang bergaya sakan di Facebook ataupun rangkaian sosial lain [Peringatan untuk diri sendiri juga sebab aku pun suka letak gambar di FB, walaupun tak semua yang boleh view all the photos,but…ish, khilaf aku!].
Ok, sambung balik. Abbas menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku pada hampir kesemua golongan wanita. Rasa amarah dan kekesalannya kerana golongan ini memandang remeh akan hal menjaga aurat. Semua itu diluahkan kepada Adhlan. Sebagai seorang sahabat yang baik, Adhlan merupakan seorang pendengar yang setia. Begitu sabarnya Adhlan mendengar keluh-kesah sahabat baiknya itu.

Sahabat yang baik juga bukan hanya membenarkan tiap kata-kata temannya, sahabat yang baik saling mengingati, saling berpesan-pesanan. Ilmu yang ada dikongsi bersama. Dalam keterujaan Abbas meluahkan rasa hatinya, Adhlan turut juga mencelah akan hal golongan lelaki dalam menjaga pandangannya. Aku suka dengan yang ini. Sesuai dengan kejadian wanita seumpama daripada tulang rusuk yang bengkok, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Bagaimana seorang lelaki yang tidak tahu menjaga pandangannya bisa membimbing wanita untuk menjaga auratnya?

Ini rasanya percubaan pertama penulis dalam menghasilkan cerpen/novel berunsurkan islamik. Jadi kesalahan kecil seperti kesalahan ejaan boleh dimaafkan. Cuma aku rasa typo boleh diminimakan kerana bila kita membacanya semula, sesuatu perkataan itu akan memberi makna yang berbeza. Misalnya, 'menjalang'… yang seharusnya dieja sebagai 'menjelang'.

Cuma aku ingin bertanyakan frasa mengenai 'Rasulallah'. Apa bezanya dengan 'Rasulullah'?. Sekadar perkataan atau ianya turut membawa makna yang berbeza? Dan seharusnya kita gunakan yang mana satu? Pernah baca dalam sebuah entry di internet [maaf lupa di mana], 'Rasulallah' itu dieja dengan 'Rasul Allah'. Moga adik Iqbal boleh merungkaikannya. Terima kasih.

Nikmat memiliki sahabat yang baik itu sebenarnya bukan nikmat yang kecil! [Petikan terakhir]
"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." [At-Taghaabun : 14]

Ps: Kalau nak tahu, penulis merupakan anak muda yang baru berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang penerbangan :D

Happy reading (^-<)

Sabtu@PTS Bookcafe

5:05 PTG 0 Comments
Hujung Minggu@PTS kini dikenali sebagai Sabtu@PTS Bookcafe. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut;


Tarikh : 15 Januari 2011 (Sabtu)

Masa : 11.30 pagi hingga 6 petang

Tempat : Dewan Pameran Bookcafe PTS, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA


Tawaran : Diskaun 20% untuk semua buku terbitan PTS dan buku percuma untuk 50 pembeli pertama.


Sumber: http://www.bookcafe.com.my/en/sabtu--pts-bookcafe.html


Ps: Beli-beli juga, poket yang makin kecil perlu ambil kira hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 12 Januari 2011

Si Mata Coklat

5:39 PTG 4 Comments
JUDUL: SI MATA COKLAT
PENULIS: PITAK
TERBITAN:
http://kisah-yang-tak-sempurna.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Aku 'terserempak' dengan cerita ni semasa sedang 'bertandang' ke tempat teman sekerja baruku; Ekin :D Dek kerana ia adalah cerpen, maka tanpa perlu fikir panjang aku pun ambillah sedikit masa untuk membacanya.

Amirul Fattah [Fattah] dan Darwina Alisa [Darwina]. Si teruna 19 dan si gadis yang baru mencecah 17 tahun. Tak tahu mahu diklasifikasikan sebagai cinta monyet atau tidak. Sebabnya anak remaja sekarang ni kecil-kecil sudah tahu berpasang-pasangan. Ada yang baru berumur 17 tahun pun sudah boleh menikah. Ok, berbalik pada pasangan yang berjiran ni. Ada rasa yang menerjah masuk ke dalam hati. Pertemuan pandang pertama antara Fattah dan Darwina ada cerita selanjutnya :D

Namun dek kerana malu dan tahu status diri masing-masing, mereka berdua diam-diam je. [Time ni la, telinga terngiang-ngiang lagu Diam-diam by Tilu :P] Tapi, rasa hati memang tak dapat disorok. Bagusnya lah adik-beradik mereka berdua ni. Memang sporting habis. Ada je cara yang digunakan untuk mengorek rahsia hati masing-masing. Baik yang di belah Fattah mahupun Darwina, memang lah adik-beradik mereka ni ada power untuk baca isi hati orang hahaha

Pertemuan seterusnya, memang agak cliché tetapi itu adalah saat di mana Fattah dan Darwina saling berbicara dan bertentang mata lebih lama buat pertama kalinya. Dan kisah selanjutnya? Eh, sila baca la sendiri! hik3 lalala5 :P Aku berkata begitu sebab ianya 'diterbitkan' di laman maya. Jadi rasanya tak susah untuk kamu semua mencari dan membacanya :D

Sentuhan terbaru pitak ini masih seperti sebelumnya. Masih mengekalkan ciri-ciri sweet antara hero dan heroin. Satu bonus di situ. Masih juga melayarkan hubungan persaudaraan itu dengan sesuatu yang manis. Bonus lagi di situ. So aku nantikan lagi apa kisah sweet yang bisa dimuntahkan si manis 18 ini :D

Ps: Syafiqah, berhati-hati dengan typo. Apa progress Rex Tia? :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 11 Januari 2011

Karnival Karangkraf

2:09 PTG 0 Comments

Seingat aku macam baru je karnival ni hahaha Tapi untuk semua pencinta novel terutama peminat Alaf 21, bolehlah take note. Aktiviti ini akan berlangsung pada hujung bulan ini. Tahu-tahu je orang dah gaji, so saja lah tu nak bagi poket kecil ni bocor lagi kih5 :P


Tempat: KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam

Tarikh: 28 - 30 Januari 2011 [9.00 pagi - 6.00 petang]


DISKAUN antara 30% - 50% & kesempatan untuk bertemu dengan novelis kesayangan anda :D




Happy reading (^-<)

Tak Mungkin Kuhindar

7:30 PG 0 Comments

JUDUL: TAK MUNGKIN KUHINDAR
PENULIS: ANA SOFIYA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini juga naskah e-novel sebelum diangkat menjadi novel bercetak. Nampaknya pendekatan penulisan di alam maya dah umpama trend pula. Makin menjadi-jadi dan mendapat permintaan ramai.

TMKH mengajak kita mengenali kisah cinta antara Maria dan Hisyam. Pertemuan mereka sebenarnya tak dirancang. Waktu tu Maria sedang cuba melarikan diri daripada bekas kekasihnya; Irwan. Nak dijadikan cerita, Hisyam kebetulan berada di situ dan disebabkan itu dia meminta Hisyam menyamar sebagai kekasih barunya. Hisyam ni pula memang dah terpaku dengan kejelitaan Maria, jadi dengan mudah pula dia berlakon sebagai sang pencinta yang romantis sampaikan bukan Maria je yang geli-geliman, aku pun turut terasa tempiasnya hahaha :P

Bermula daripada detik itu, Hisyam semakin angaukan Maria. Dia cuba mendekati Maria walaupun agak sukar sebenarnya untuk menawan hati Maria yang pernah terluka. Tetapi kesungguhan Hisyam membuatkan Maria mudah jatuh hati. Cuma tak sangka pula yang Hisyam ni mudah sangat dengar kata orang. Disebabkan fitnah si Irwan, Hisyam cuba lari daripada Maria. Part ni memang aku dah start sakit hati dengan Irwan. Ikut suka hati dia je nak mengata!

Siapa sangka takdir menemukan Maria dan Hisyam kembali. Dan rasa cinta yang masih merantai hati kembali mekar. Mereka berdua disatukan. Namun kehadiran Salina; teman baik Hisyam umpama duri dalam daging. Salina memang bijak berlakon, seperti dia itu gadis polos yang memang ikhlas dalam bersahabat. Sedangkan hakikatnya dia adalah insan yang bertanggungjawab memecah-belahkan keharmonian rumah tangga Maria dan Hisyam. Kemuncak cerita ini bila saja Maria meminta Hisyam mengahwini Salina. Nak tahu apa sebabnya? Kenalah baca novel ini :D

Keseluruhannya cerita cinta ini biasa-biasa saja. Tetapi apa yang menarik adalah gaya penceritaan yang 'menyentuh' jiwa. Duka lara yang menimpa perasaan Maria mudah diselam, mengundang rasa kasihan pada wanita itu. Cinta yang membelenggu jiwa Maria dan Hisyam juga mudah dirasa. Cuma aku tak suka bila Hisyam begitu mudah 'diterima' dalam hidup Maria semula. Senang pula Maria memaafkan tiap kesalahan suaminya itu.

Sebenarnya dah lama juga penulisnya, Kak Sofi singgah ke laman aku ni tetapi aku saja yang agak lambat nak mencari novel sulungnya. Maaf ya! Apa pun tahniah untuk kelahiran buah hati pertama ini. Moga terus berkarya. Selamat menulis :D [Boleh baca Bab 1-15 di sini]

Ps: Aku makin kurang membaca. Busy! Maaf pada yang ternanti-nanti review. *perasan*

Happy reading (^-<)

Isnin, 3 Januari 2011

Diari Mat Despatch

8:15 PG 4 Comments

JUDUL: DIARI MAT DESPATCH
PENULIS: BAHRUDDIN BEKRI
TERBITAN: PTS O.N.E SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ramai yang meminta aku membaca karya penulis yang sedang meningkat naik ini. Tanpa mahu dipengaruhi oleh sesiapa, aku bermula dengan DMD dahulu. Tak dapat dinafikan yang salah satu sebab aku mudah membelinya kerana kulit buku menarik di samping harganya yang murah.

PELIT - Apakah sebenarnya PELIT ini? PELIT adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' atau dalam bahasa Melayunya, Jurnal Peribadi. PELIT merupakan suatu genre penulisan baru yang cuba diperkenalkan oleh PTS One Sdn Bhd. Gaya penulisan yang lebih memiripi penulisan diari dan blog. [Dapatkan maklumat lanjut di PTS]

Aku tertanya-tanya juga siapa golongan sasaran sebenar buku comel ini? Kalau melihatkan cover, memang untuk anak sekolah dan remaja. Namun kalau melihatkan isi kandungannya, aku kira ia lebih sesuai untuk pembaca dewasa. Walau bagaimanapun cerita ini memang sesuai dibaca sebagai bahan untuk memotivasikan diri sendiri. Sarat dengan kata-kat sinis yang penuh teguran dan nasihat. Sekaligus mengajak para pembacanya menjadi sang pemikir ketika membacanya.

'Buku laporan Sains' ini menampilkan Idlan Rayyan [bukan nama sebenar, seperti yang ditulis di dalam buku], berusia 24 tahun, masih bujang dan masih dalam proses mengenali diri. Walaupun mempunyai ijazah, dia tidak pula memilih kerja lantas menjadi seorang mat despatch. Dalam pada itu Idlan masih juga mencari peluang kerja lain untuk menambah pendapatannya. Impiannya untuk menjadi editor sambilan tetapi dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi [BMT].

Demi mencapai impiannya, Idlan cuba menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan BMT. Setiap apa yang terjadi ditulis semula di dalam diarinya. Namun Idlan hanya mampu bertahan selama 11 hari sahaja menulis diari. Peristiwa yang terjadi kepada dirinya pada hari kesebelas itu telah mematahkan kekuatan dan kesungguhannya untuk terus menulis diari. Ha, nak tahu apa yang terjadi? Sila dapatkan di pasaran!

Di penghujung diarinya, Idlan ada menulis yang dia akan menyambung semula tulisannya. Bagaikan simbolik bahawa akan ada sambungannya. Pastinya aku juga turut menanti sambungan diari mat despatch dari Liverpool ini :D

Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa [page 91]

Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba [page 93]

Ps: Terasa kerdil diri bila membaca cerita yang menggunakan BMT

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)