Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Khamis, 19 Ogos 2010

Garis-garis Deja Vu

2:25 PTG 4 Comments

JUDUL: GARIS-GARIS DEJA VU
PENULIS: JOHN NORAFIZAN
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Pada kamu yang sudah muak dengan kisah cinta biasa memang sesuai membelek novel tebal JN ni. Ceritanya lengkap dengan 4 kisah yang berbeza. Namun kebetulan dan takdir memang sentiasa melingkari cerita penulis ini. Dan itu aku rasa tidak ketinggalan langsung dalam GGDV. Apa kekuatan novel ini? Pastinya terletak pada elemen penceritaannya yang benar-benar mengesankan. Kisah-kisah yang berlaku di dua benua melangkau tiga negara digarap dengan begitu baik. Dan setiap watak utama dibangunkan dengan baik tanpa dibayangi dengan watak-watak lain. Ditambah pula dengan monolog watak yang berpeluang bercerita tentang apa yang
difikirkan dan apa yang dirasakan. Semuanya menjadikan aku tak senang duduk membacanya.

Bermula dengan monolog Rumi dan Ashraf sudah pastinya akan memaku para pembacanya di awal bab lagi. Ashraf menerima Nini sebagai isterinya atas permintaan keluarganya. Sebagai suami Ashraf menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Namun dek kerana hatinya masih terkenangkan kisah cinta lampaunya membuatkan dia rasa bersalah. Apatah lagi mendengarkan berita Nini mengandung, dia tekad ke Jordan kerana dulu dia pernah meninggalkan isterinya; Laila yang sedang mengandung. Perjalanannya di sana menemukan dia dengan Sulaiman. Anak kecil itu kemudiannya jatuh dalam jagaan Ashraf dan kini tugasnya berubah kepada mencari ayah kepada anak itu.

Nini pula rasa berdosa kerana berlaku curang. Dia bertekad mengikuti jejak Ashraf dengan bantuan Sedek namun perjalanannya tidak mudah. Kapal terbang yang dinaiki mereka ditawan pengganas. Sedek mati dibunuh. Kejadian itu menemukan Nini dengan Numair, salah seorang anggota pengganas. Cinta yang hadir di antara mereka sedikit unik dan aku menghayati gerak rasa cinta tanpa suara yang harus tunduk kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Kisah ketiga tentang si anak kecil; Damien yang mencari kasih sayang dalam keluarganya. Ibunya koma dan ayahnya pula telah menghilangkan diri. Jenny; si pencuri duit Damien akhirnya menjadi teman kepada Damien. Mereka berdua kemudiannya berusaha untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan seorang anak mencari ayahnya.

Kisah Suraya, seorang Islam yang telah lama murtad kerana menurut kata hatinya. Buta kerana cinta. Dengan tiket cinta dan kebahagiaan yang belum pasti dia terus beralih kepada Kristian. Dia akhirnya hilang kepercayaan kepada mana-mana agama dan menidakkan kuasa Yang Maha Esa. Kehadiran Eilin menyebabkan hatinya mula mengingati Islam dan perlahan-lahan nur kembali memberinya petunjuk.

Kisah yang penuh dramatik tetapi tidak akan membuat anda serabut. Scene yang paling mendebarkan apabila peristiwa ketika di dalam pesawat yang aku kira sesuatu yang terlalu baru dalam penulisan novel di Malaysia. Oh, ya! Info untuk kamu kesinambungan kisah ini bermula semenjak wujudnya Father Thomas Rodriguez di dalam `Sempadan Tanpa Seri', hingga membawa kepada `Tunjukkan Aku Satu Bintang'. Umpama satu rantaian cerita yang panjang tetapi jangan risau kamu tak akan sesat sekiranya hanya baru membaca GGDV. Tiap cerita dibangun dengan sendirinya :D

Happy reading (^-<)

Rabu, 18 Ogos 2010

Seharum Cinta Lestary

11:15 PG 0 Comments

JUDUL: SEHARUM CINTA LESTARY
PENULIS: RAMLAH RASHID
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel ni dah lama rupanya aku usai membacanya. Dan ketika membersih dan menyusun semula novel-novel di rak, aku temui novel ni. Terus teringat rasanya tiada lagi review yang ditulis hik3 lalala5

Lestary gadis manis yang parah luka di hatinya. Menelan kepayahan semenjak kecil menjadikan gadis ini memendamkan tiap resah di dalam hatinya. Dia dihantui dengan kenangan silam yang menyebabkan dia sendiri lari daripada tanah airnya sendiri. Hanan Alaa; ibunya gadis Dubai yang serba mewah sanggup meninggalkan keluarganya kerana jatuh cinta dengan ayah Lestary. Namun nasib tidak menyebelahinya. Dia bukanlah menantu pilihan. Dicaci dan dicemuh mentua sendiri akhirnya berlaku satu tragedi yang sungguh menyayat hati.

Lestary ketika itu sudah pun boleh memahami apa yang berlaku tidak mungkin dapat melupakannya. Kerana itu si cekal Lestary tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki lain dalam hidupnya. Dia bersendirian di tempat asal ibunya. Mencari diri dan membina hidup atas kudrat sendiri. Namun entah mengapa ada rindu yang bertamu. Dan rindu itu membawa dia pulang ke Malaysia.

Walaupun hatinya parah, Lestary cuba menguburkan dendam di hati. Si nenek tua diziarahi. Dalam kepayahan memori lama dibuka kembali kerana setiap ruang di rumah neneknya; Wan Bada membawa dia kepada daerah kesakitan dan kelukaan. Wan Bada yang menyesal dengan segala perbuatannya dahulu menghulurkan maaf. Lestary cuba mensucikan hatinya, cuba memaafkan neneknya itu walaupun jauh di sudut hati masih ada rasa yang terkesan.

Lestary bertemu dengan Mak Liah dan Pak Hasnol, mereka yang telah membesarkannya selepas kematian ibunya. Di situ dia bertemu Razrim yang menyimpan perasaan terhadapnya. Mengenangkan jasa keluarga itu, Lestary bertindak menerima pinangan Mak Liah. Dia dan Razrim ditunangkan.

Lestary bertemu Dafiezudin di tempat kerja barunya. Hari demi hari hatinya terpaut dengan gaya Dafiezudin. Cinta yang dibaja untuk Razrim bagaikan terbang melayang kepada Dafiezudin. Dalam hati Dafiezudin sendiri, dia sudah meletakkan Lestary sebagai permaisuri. Namun kerana persahabatannya dengan Razrim, rasa itu ditolak tepi. Nak dijadikan cerita, dulu Razrim dan Dafiezudin pernah sukakan gadis yang sama, Sharlene. Tetapi Sharlene telah memilih Razrim.

Dalam pada itu kebenaran tentang siapa pemilik hati dan jantung ibunya yang didermakan dulu membawa Lestary semakin rapat dengan Dafiezudin. Rupa-rupanya lelaki itu adalah penerima derma itu. Rapatnya mereka menyebabkan Lestary makin tersepit. Antara Razrim dan Dafiezudin, yang mana harus diutamakan? Rasa hatinya disuakan pada Tania. Dengan gadis itu, Lestary berasa lebih tenang. Tapi tak disangka Tania juga menyimpan perasaan terhadap Dafiezudin.

Tanpa diduga, Lestary hilang tanpa kesan. Dia rupanya diculik oleh keluarga ibunya di Dubai. Kalut mereka mencari Lestary namun tidak berjaya. Kehilangan Lestary membawa rahmat kepada persahabatan Razrim dan Dafiezudin. Masing-masing menyokong antara satu sama lain dan menjadi dahan untuk bersandar. Apatah lagi ketika itu kesihatan Dafiezudin tidak begitu bagus. Kekecewaan yang ditanggung mendatangkan mudarat kepada jantungnya. Di saat kritikal Razrim lah teman memberi semangat. Dalam diam Razrim bertekad yang dia akan menyerahkan Lestary kepadanya andai Lestary kembali. Kehadiran Lestary di saat-saat Dafiezudin tenat umpama rahmat. Namun siapa pilihan gadis manis itu? Dan pastinya siapa yang perlu berkorban? Dafiezudin, Lestary, Razrim atau Tania?

Ini kali kedua aku membaca tulisan Ramlah Rashid. Seperti sebelumnya hasil sentuhannya memang memukau. Dengan gaya bahasa yang puitis itu memang banyak membantu aku untuk merasai jiwa Lestary yang parah.

Happy reading (^-<)

Isnin, 16 Ogos 2010

Ranting Cinta Plato

1:58 PTG 3 Comments

JUDUL: RANTING CINTA PLATO
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

RCP berkisarkan tentang peluang kedua dalam cinta. Antara Muaz dan Sofea, mereka berkenalan di luar negara. Ketika itu Sofea masih lagi belajar dan Muaz pula bekerja sebagai doktor di sebuah hospital tempat Sofea menjalani praktikal. Pertemuan Muaz dan Sofea rupanya menjadi titik-tolak kepada perasaan asing yang hadir dalam diri Muaz. Lelaki itu amat menyenangi kehadiran Sofea. Apatah lagi Muaz terlalu merindui adiknya, Dian kerana Muaz sendiri sudah berkelana di luar negara berbelas tahun. Namun rasa itu dipendamkan kerana mungkin terlalu awal untuk diluahkan.

Sekembalinya Sofea ke Malaysia, teman lelakinya; Alfian menuntut agar Sofea berkahwin dengannya sepertimana janji mereka sebelumnya. Sofea akur lagipun memang hatinya sendiri penuh dengan rasa cinta kepada Alfian. Tetapi perkahwinan mereka ini bagaikan tiada keserasian. Ada saja luahan dan kata-kata yang menyakitkan hati masing-masing. Lagipun sikap Alfian yang terlalu workaholic itu membuatkan Sofea selalu saja ditinggalkan. Sampai ke hari minggu pun Alfian sibuk bekerja. Manalah si isteri tak angin satu badan?

Berbalik pada Muaz, dia akhirnya pulang juga ke Malaysia. Waktu ini, Dian sudah punya pilihan sendiri. Dia mahu berkahwin dengan Kyrel, salah seorang pensyarah di kolejnya. Walaupun Muaz membantah pada mulanya, namun melihat kesungguhan adiknya, dia turutkan. Setelah adiknya berkahwin, Muaz pula digesa oleh Mak Uda supaya berumah tangga. Muaz menolak kerana dia masih lagi belum bertemu bidadarinya. Di ingatan pula terlintas suatu nama. Tetapi bagaimana mahu mencari gadis itu sedangkan tiada info langsung.

Kematian Alfian akibat kemalangan jalan raya menyebabkan dunia Sofea dilanda badai. Separuh nyawanya turut terasa melayang. Terasa semuanya bagaikan mimpi. Keadaan Sofea tidak terurus dengan kerjanya yang meratapi kehilangan sang suami setiap hari. Sofea akan mengunjungi pusara suaminya setiap petang. Dan takdir menemukan Sofea dan Muaz kembali. Tidak jauh daripada pusara Alfian, rupanya Muaz juga sering saja mengunjungi pusara adiknya. Dian. Ha, cerita Dian dengan Kyrel ada terselit di tengah cerita.

Pertemuan kali kedua umpama rahmat buat Muaz kerana dia sendiri terlalu merindui akan kehadiran gadis manis itu. Hampir lima tahun dipertemukan kembali, terlalu banyak perkara yang berlaku. Sofea dengan kisah tragisnya itu mendapat simpati yang tak terhingga daripada Muaz. Malah, Muaz menjadi tempat Sofea meluahkan rasa apatah lagi ketika Sofea mengetahui rahsia sebenar Alfian.

Muaz yang sudah lama menaruh hati pada Sofea memulakan langkah pertama. Mungkin kini dia sudah diberi peluang untuk berjumpa semula dengan ranting cintanya yang dahulu. Mahukah Sofea membuka hatinya untuk dicintai semula sedangkan hatinya terlalu terluka akibat cinta pertamanya dulu?

Dalam cerita ni ada falsafah tentang cinta dari Plato yang dirungkaikan. Mungkin bertitik-tolak daripada itu, ia dikembangkan menjadi satu novel cinta yang unik. Walaupun begitu cerita ni ada masanya terlalu meleret-leret yang membuatkan aku sedikit bosan. Mungkin kerana terlalu banyak watak yang ingin ditonjolkan. Jadi aku menjadi sedikit sesak dengan nama-nama watak yang ada hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 11 Ogos 2010

Aku Bukan Billy Milligan

2:25 PTG 0 Comments

JUDUL: AKU BUKAN BILLY MILLIGAN
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

ABBM terasa lain benar daripada garapan Kak Yati sebelum ini. Mungkin sebab sudah terbiasa dengan nama watak yang biasa-biasa dan agak klasik tetapi dalam novel ini dua watak ini kelihatan agak gah namanya. Laura dan Adam. Terasa bagaikan watak dalam novel Inggeris saja :P

Laura; gadis Melayu tau walaupun keadaan fizikalnya saling tak tumpah seperti anak orang putih. Ibunya pernah berkahwin dengan orang kaya tetapi suaminya pergi meninggalkan keluarga mereka begitu saja. Disebabkan itu Mak Eton tak suka dengan orang kaya. Gambaran watak Laura seakan-akan sama dengan watak-watak heroin NB sebelum ini. Gadis sederhana yang selamba dan gigih mengharungi hidup.

Laura berkawan dengan Yazir, anak orang kaya di kampusnya. Sayangnya hubungan itu putus kerana ibu Yazir sudah ada pilihan hati. Ibu Yazir siap bagi duit pada Laura supaya tinggalkan anaknya. Memang tak sangka sungguh si Laura ni boleh ambil duit tu. Sampai buka syarikat sendiri lagi hahaha

Kerjaya barunya membawa dia bertemu Adam. Lelaki ni kerjanya perunding saham yang dah memang established. Adam berminat untuk membeli Teratak Alam. Bekerja dengan Adam sedikit melelahkan. Melayan Adam yang beku, suka berprasangka dan mulut yang agak lepas memang menyusahkan Laura. Tetapi sebenarnya Adam menjadi sedemikian kerana kepahitan yang dilaluinya semasa usia kecilnya. Ayahnya seorang kasanova dan kaki judi sering menjadikan ibunya mangsa dera. Dan ketika ibunya meninggal dunia, Adam dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Dan di situlah Adam berazam untuk menjadi orang kaya agar dirinya tidak dipandang hina.

Namun kekayaan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan. Perkahwinannya bersama Rozita tiada maknanya. Kekosongan jiwanya belum lagi terisi. Dan akhirnya perkahwinan itu terlerai. Adam membuat keputusan untuk menjual semula Teratak Alam. Hajatnya itu membawa dia bertemu Laura kembali. Namun atas saranan Laura, Adam tidak jadi menjualnya. Dia bersetuju dengan melakukan sedikit pengubahsuaian rumah tersebut.

Hubungan perniagaan itu kemudiannya bertukar menjadi lebih rapat bila Adam sering saja bergantung pada Laura dengan hal-hal berkaitan Teratak Alam. Mungkin kerana Adam tak punya teman lain, Laura saja yang dicari. Semakin hari Adam semakin kemaruk dengan Laura. Dia menyenangi gadis manis itu. Dengan Laura, senyuman dan ketawa sudah mula hinggap di jiwa Adam kembali. Panahan cinta Laura nampaknya begitu kuat. Berjaya mengubah Adam yang beku menjadi seorang perayu dan romantis. Perasaan yang dilanda memang sudah tidak keruan. Menjadikan Laura pula yang seram dengan perubahan mendadak Adam. Tetapi Adam tu pun boleh tahan juga gatalnya hahaha

Adam berniat untuk memperisterikan Laura. Namun tak sangka pula hajatnya itu ditolak mentah-mentah. Memang agak lawak difikirkan sebab Laura menolak hasrat Adam. Alasannya ibunya memang tak suka dengan lelaki kaya. Kasihan Adam! Jadi Adam tekad ke kampung menemui Mak Eton dalam misinya menyunting gadis pujaan hati :)

Ps: Sila google untuk mencari makna Billy Milligan itu :P

Happy reading (^-<)

Selasa, 10 Ogos 2010

Isnin, 2 Ogos 2010

Wasilah Cinta Weera

11:00 PG 4 Comments

JUDUL: WASILAH CINTA WEERA
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

WCW membuka satu persepsi baru. Menyedarkan aku tentang cinta dan persahabatan. Dalam persahabatan memang adanya cinta dan cinta itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Namun andainya ada cinta antara dua lelaki pastinya hati kita akan terselit rasa kurang selesa. Ini kerana kita selalu saja disogokkan yang hubungan cinta antara sesama lelaki bukanlah sesuatu yang normal. Namun dalam novel ini ia dikupas dengan baik sekali supaya kita memahami apa itu cinta yang terjalin antara golongan Adam dalam konteks persahabatan.

Tajul Aweera [Weera] seorang lelaki yang cukup sempurna. Bukan sahaja baik, kacak, kaya dan bijak malah karismanya sebagai seorang lelaki memang sangat terserlah. Kesempurnaan itu membuatkan Sari Ayu [Ayu] rasa kerdil untuk berdamping dengannya. Apatah lagi mereka berkahwin bukan kerana cinta. Weera mengahwini Ayu di saat-saat akhir apabila gadis itu ditinggalkan oleh tunangannya, Firdaus.
Perkahwinan mereka banyak geloranya. Walaupun tanpa sebarang rasa pada mulanya, akhirnya Weera menemui cinta di dalam hati isterinya. Namun dek kerana hasad dengki, Ayu mudah sangat diperdaya. Perhubungan yang terjalin erat antara Weera dan Ray sering disalah anggap. Dia mencurigai persahabatan antara mereka walaupun sudah terang Weera mengakui yang dia amat mencintai Ayu. Mungkin kerana hasutan dan juga fitnah yang ditabur oleh Firdaus menyebabkan rasa percaya Ayu goyah.

Namun dugaan yang melanda Ray mula membuka mata nurani Ayu. Benarlah, persahabatan yang terjalin antara Ray dan suaminya adalah ikhlas kerana Allah. Cinta sesama manusia yang dia sendiri gagal untuk mentafsirkannya. Sedangkan cinta itu terlalu besar maknanya. Ayu mula mengerti akan hal itu. Apatah lagi apabila mendengarkan sejarah hidup Weera yang dahulu. Betapa Ray itu penyelamatnya, yang membentuk Weera menjadi 'orang' di masa ini.

Tetapi ujian itu ada di mana-mana. Di saat Ayu mula menghargai persahabatan suaminya, Ray dijemput pergi. Kehilangan itu terlalu menyakitkan. Weera terlalu patah hati dan aku kira nasibnya sungguh baik kerana memiliki seorang isteri yang memahami. Namun rumah tangga Weera dan Ayu memang banyak dugaannya. Si Firdaus yang memang busuk hati punya rencana yang berbagai-bagai. Mampukah Weera dan Ayu bertahan?

Cerita ini ada kelasnya tersendiri. Membawa kita melihat cinta dari sudut yang berbeza. Aku juga perasan gaya penulisan Kak Rose juga sudah berubah. Tahniah :)) Cuma rasanya ada adegan-adegan dewasa yang diselitkan tidak begitu sesuai untuk anak remaja. Tetapi aku tetap ingin sarankan agar kamu membaca naskah ini. Silalah hayati cinta Weera ini kerana mungkin di saat itu kita akan dapat mengenal apa itu cinta yang sebenarnya. Membawa kita merasai apa itu cinta di antara mereka sekaligus bertanya dalam hati, apakah cinta kita ikhlas kerana Allah atau hanyalah godaan nafsu semata-mata. Selamat membaca :)
Tajul Aweera - Aku mahu ada dekat denganmu. Selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu [page 168]

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)