Iklan

Aku jarang di blog. Boleh terus ke GA untuk update tentang buku yang dibaca.

Ada beberapa buku nak dijual. Boleh ke sini. Terima kasih :)

Isnin, 31 Ogos 2009

Panggil Aku Dahlia

11:13 PTG 2 Comments

JUDUL: PANGGIL AKU DAHLIA
PENULIS: NOOR SURAYA
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING


~ Rasaku… ~

Ngee~ Inilah novel pertama Kak Su yang ada dalam koleksi aku. Yang sebelum ni aku cuma mampu pinjam je kat library. Sebabnya tulisan Kak Su kebanyakannya terbitan Creative, dan aku waktu dulu-dulu tak mampu nak beli hik3 lalala5

Macam biasa Kak Su penuh dengan humor. Ayatnya cukup simple, tak perlu nak berbelit-belit. Bunga-bunga bahasa pun rasanya mudah sangat nak difahami. Kisah ni tentang Dahlia, ha tepat sangat la dengan tajuknya ni. Apa lagi dengan covernya yang cukup menggambarkan bunga dahlia itu sendiri.
Putri Dahlia seorang arkeologist di bumi Kangaroo. Pulang ke Cameron Highlands kerana ayahnya. Membawa Dahlia kepada kisah silam yang amat menyayat hatinya, yang menjadi punca Dahlia lari dari tanah tehnya! Misteri yang dibawa mati oleh Lorrinda menjadi isu besar dalam hidup Dahlia. Apa lagi dengan permusuhan dua keluarga yang berpunca dari perusahaan teh kini menjadi dua - Syarikat Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor.

Dahlia bertemu kembali dengan musuh ketatnya – Wadi Hannan; si budak lelaki yang nakal [jim-alif-ha-ta] hahaha… Dia paling suka mengacau Dahlia. Gurauannya menyebabkan gadis itu mendapat parut seumur hidup di bawah wajahnya. Di saat bertemu kembali dengan Dahlia, parut itu masih kekal di situ dan tika ini ada rasa yang menjalar. Dan buat pertama kalinya, Wadi telah jatuh cinta. Cinta pada si Dahlia yang biasa-biasa tu.

Dahlia kecewa kerana gagal menyelamatkan harta keluarganya. Wadi pula muncul dengan lamaran yang mengejutkan! Memang banyak perbuatan Wadi yang tak disangka-sangka hingga kata-kata "Wadi ni la" meniti di bibir Dahlia. Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu tentang sejarah arkeologi di Perak dan Pahang juga tak lupa jenis2 teh hik3 lalala5

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Happy reading (^-<)

Selasa, 25 Ogos 2009

Kau Yang Istimewa

8:16 PG 0 Comments

JUDUL: KAU YANG TERISTIMEWA
PENULIS: ALIFAH JUHAIDA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Cerita ini berkisar tentang perhubungan yang diatur oleh keluarga. Alahai, asyik2 cerita yang sama hahaha Tapi takpe, aku layan je cerita ni. Lagipun kisah ini banyak berlatarkan kapal. Kan ke aku suka dengan kapal? Lain je bunyinya hik3 lalala5

Ia tentang Sarah Darleena, gadis cantik yang keras kepala. Bila mengetahui yang dirinya akan dikahwinkan dengan Zarul, anak kepada rakan ayahnya. Dia memberontak. Mana mungkin perkahwinan itu akan terjadi tanpa rasa cinta? Zaman moden lah, family planning ni letak tepi!

Zarul pula lelaki yang cukup memahami. Walau tanpa rasa cinta, kerana keluarga dia turutkan. Niatnya nekad untuk mencuri hati si Sarah. Dan bila tiba saat perkahwinan mereka, Sarah menghilangkan diri!

Jauh membawa diri dia berjumpa dengan Riezman. Kawan kepada Fatin dan Shahril. Mereka semua bercuti menaiki kapal mewah. Ha yang ni aku suka hik3 lalala5 Cuma rasanya kalau diceritakan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut kapal, ia akan menjadi lebih menarik.

Ada banyak kisah yang terjadi sewaktu pelayaran mereka. Apa yang pasti Sarah-Riezman bukanlah sebulu. Ada banyak pertengkaran antara mereka sehinggalah berlakunya tragedi penculikan Sarah. Dan juga cerita Sarah dan Riezman yang terdampar di sebuah pulau yang sunyi. Ha, apa yang terjadi selepas itu? Dan andai si Sarah benar-benar jatuh cinta dengan Riezman, di mana letaknya Zarul sebagai sang suami?

Ps: Star Cruise takde CCTV ke? Tak kan sewenang2nya kapal sebesar itu boleh dipecah masuk oleh 2 orang penculik amatur?

Happy reading (^-<)

Sakitnya Sayang

8:12 PG 0 Comments

JUDUL: SAKITNYA SAYANG
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel Kak Yati ini aku khatamkan dalam masa sehari hik3 lalala5… mungkin saja sebab aku suka dengan jalan ceritanya. Ia membuatkan aku rasa sayang nak meninggalkan novel ini separuh jalan.

Tema kekeluargaan sememangnya amat dekat dengan penulis ini. Malah rasanya aku rasa ia adalah trademark Kak Yati. Di samping pembangunan watak yang cukup berkesan. Cuma rasanya aku lebih tertarik pada Reza. Aku tak tahu sama ada cerita ini heronya Reza atau pun si Firdaus. Kalau nak dibandingkan, watak Reza lebih menonjol. Mungkin saja ia ada berkait rapat dengan watak si heroin – Marlia.

Ia kisah tentang hubungan abang-adik antara Marlia dan Reza. Si adik yang menjadi tempat abang mencurah rasa, berkongsi saat indah dan pahit. Si adik yang terlalu memahami dan si abang yang sungguh mengasihi. Mungkin kerana sikap kebergantungan ini menyebabkan si abang hilang punca. Dia perlukan si adik senantiasa disisinya. Reza perlukan Marlia sebagai bayangnya.

Marlia pula anak bongsu yang agak keras. Sering saja melawan ayahnya, Syed Jabar hingga dirinya jadi begitu jauh dengan ayah sendiri. Apatah lagi Syed Jabar kelihatan begitu menjaga Reza. Dia adalah perancang masa depan yang cukup sempurna pada anak sulungnya sehinggakan dia lupa anak itu adalah seorang manusia. Punya hati, punya keinginan sendiri dan kehendaknya adalah cinta Marlia.

Dan di sini berlakulah konflik dalam diri si Reza. Mana mungkin dia dapat berbahagia andai si adik yang menjadi idaman. Apatah lagi Marlia, bila mengetahui punca keretakan rumah tangga si abang sedikit sebanyak adalah kerana sikap si Reza yang sering saja meletakkan dirinya sebagai tanda aras. Adakah ia cinta bila si abang jatuh cinta dengan si adik yang berlainan ibu?

Firdaus atau Darus pula adalah lelaki yang memandu Mercedes A Class hahaha pandai ye nak trick! Watak Darus yang sempoi dalam menawan Marlia tu yang aku suka. Apa lagi rasanya memang Darus ni sukakan Marlia dari dulu lagi. Di saat kali pertama dia melihat si comel Marlia di sisi Reza. Aku juga terbuai dengan lagu Mama alunan si Darus khas untuk ibunya tercinta.

Kesudahannya? Bacalah kerana di sini terselit makna sayang itu. Selain cinta, ada sesuatu yang lebih bermakna.

“Aku pernah merasa betapa sakitnya rasa sayang dan sekarang aku telah dapat merasai betapa indahnya sayang itu”

Happy reading (^-<)

Isnin, 24 Ogos 2009

[tunas]

1:20 PTG 2 Comments

JUDUL: TUNAS
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING


~ Rasaku… ~

Dah macam buat marathon-Hlovate lak hik3 lalala5 Next story about Tunas. Rasanya nama judul pun dah cukup membayangkan, cerita ini cerita anak sekolah. Anak yang sedang belajar membesar dan dewasa. Sesuai untuk golongan remaja masa kini.

Hlovate menceritakan kisah remaja dengan biasa-biasa saja. Mengajar kita yang Add-Maths itu senang, Fizik juga… banyak teori yang ada yang boleh diguna pakai. Terutamanya "Teori Tangan Kiri Flemming" tu hahaha Aku rasa lah kalau cerita ni dibukukan di zaman aku dulu, rasanya mesti ramai yang boleh skore A hik3 lalala5

Seperti biasa, Hlovate juga senantiasa mencorakkan karyanya dengan ilmu agama yang cukup mudah difahami. Tak perlu bermadah lebih-lebih, rasanya terkesan juga apa yang ingin dilontarkan oleh si penulis. Tahniah!

Kisah ni mengimbas kembali kisah Addin + Benz di zaman persekolahan, cerita yang pastinya perlu ada sebagai pelengkap aA + bB. Banyak cerita yang menarik yang buat aku tersenyum. Mana taknya, teringat pula zaman sekolah dulu. Ada banyak kenangan yang manis tuk dikenang.

Ada juga diselitkan cerita tentang Mags-7. Apa tu? Anda perlu baca sendiri tuk mengetahuinya. Yang pasti kalau anda inginkan cerita anak sekolah, tak rugi membaca. Ada banyak yang boleh buat anda tersengih, yang pasti bila mengingati kisah nakal-nakal ketika bergelar budak sekolah hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Selasa, 18 Ogos 2009

5 Tahun 5 Bulan

12:43 PTG 5 Comments

JUDUL: 5 TAHUN 5 BULAN
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

5T5B kalau tak silap adalah karya pertamanya tapi aku lebih tertarik dengan aA+bB hik3 lalala5

Kisah seorang Johanna, menjadi dua karakter Jo atau Ana. Jo lebih kasar, tidak suka cintan-cintun, manakala Ana lebih lembut dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara telah mengambil hati seluruh isi keluarga Encik Lutfy. Walau dalam keadaan apa pun Ana tetap Ana, gadis yang cool. Aku suka sangat-sangat dengan adik-beradik Along ni, instead of Along yang memangnya Along Serbia hahaha

Pemergian Ana ke Universiti Aberdeen mengajar mereka erti rindu tetapi perasaan masih terpendam. Along pastinya tercabar dengan kehadiran Jebat dalam hidup Ana. Bagaimana kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing-masing dengan prasangka. Dan Jebat nak letak mana? Love? Or just another crush?

Ada resepi Peach Cobbler di akhir muka surat – Bolehlah belajar-belajar buat ya! Ada juga Glossari terhadap beberapa perkataan yang tidak faham termasuklah nota kaki.

Seperti sebelumnya Hlovate tetap unggul dalam kategorinya tersendiri dengan penggunaan bahasa yang sungguh kreatif dan inovatif perumpamaan yang buat otak ni rasa segar. Sebab? Aku memang agak fail dengan bahasa yang berbunga-bunga hik3 lalala5 Lagi? Aku belajar kembali BM yang lama2, Premis 1… Premis 2… hahaha
[I miss all the memories, yes I do.]

Jo: Boys're stupid. Some men too.

Happy reading (^-<)

Isnin, 17 Ogos 2009

Chenta & Twinkle

12:55 PTG 1 Comments

JUDUL: CHENTA & TWINKLE
PENULIS: BULANHIJAU
TERBITAN:
http://bulan-hijau.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Terlalu banyak e-novel yang ada sampai aku dah tak terbaca hik3 lalala5 But this time, after finishing my last paper yesterday terus menghadap blog ni. Sebab dah janji dengan sis ni tuk baca e-novelnya. Siapakah tu? Nice nameCik bulanhijau.

Chenta
Cerita cinta antara Batrisya Insyierah (Trisy) & Carl Iskandar (Carl). Cinta yang diatur melalui keluarganya. Cinta yang hadir tanpa dipaksa. Mengingatkan aku pada kata seorang teman. ‘Cinta itu seharusnya hadir sendiri bukannya dicipta’ erk? Aku dah start jiwang hik3 lalala5

Trisy & Carl tetap berkahwin sebab nama pun aturan famili kan? So, mesti korang tau the next episode pasal apa… kahwin tanpa cinta! Mula2 baca terasa macam cerita Addin + Benz… mungkin sebab baru lepas review that novel. Tapi takpe, aku teruskan membaca.

Ada pelbagai watak yang muncul di antara mereka menyebabkan hubungan yang renggang semakin jauh. Ada cinta ada benci. Kasihan pada Trisy, cintanya itu terlalu banyak dugaanya. Carl? Aku rasa cam nak hempuk2 je dia ni. Ending? Sedih sikit sebab… shhh… baca sendiri hik3 lalala5

Twinkle
Cerita ni pasal anak Trisy & Carl hehehe Qaseh Nur Syafira. Adehla… panjangnya nama, cam susah je nak taip hik3 lalala5

Qaseh (Lala) seorang gadis yang agak agresif kalau dibaca la. Sangat2 tak suka dengan lelaki. Napa ya? The only guy yang dia percaya adalah Arel – her cousin. Lala ditunangkan dengan Fahmi. Bukan pilihan tetapi dia rela. Aiseyman, kalau dah tak suka tu cakap je la kan?

Tengku Zaim Mukhlis – the hero la… nasib baik dia yang hero, sebab rasanya Fahmi tu macam tak sesuai je. Tapi si Zaim ni pulak tersangat lah playboy. Tu la kot muka handsome, duit banyak mesti playboy hik3 lalala5

Ada sesuatu terjadi antara Lala & Zaim. Apakah tu? Pertunangan dengan Fahmi cam na lak? Si Ellina nak campak mana? Pastikan anda singgah di blog tuan rumah ni tuk membaca keseluruhan cerita ni.

Aku lebih suka Chenta dari Twinkle. Mungkin sebab cerita itu lebih tersusun, kemas dan diedit dengan baik. Bukanlah Twinkle tak bagus tetapi ada seperti something missing… erm, apa ya? Apa pun tahniah tuk penulis muda ni. Ada bakat yang boleh digilap. Agaknya kalau adalah e-editor, mungkin kesalahan ejaan dan grammar boleh diminimakan. All the best sis!

Ps:
~ Sedang cuba menghabiskan Jauh. Sambil2 menyelak juga laman Kasih Alia… adeh, banyaknya episod hik3 lalala5
~ Cik Bulanhijau & Cik Comei ni sebaya ke? Korang kawan baik ke?


Happy reading (^-<)

Selasa, 11 Ogos 2009

aA+ bB

1:08 PTG 5 Comments

JUDUL: aA + bB
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Aku kenal Hlovate ni dekat 1 blog… di situ aku menjelajahi her blog pula. Terlalu misteri penulis ni. Yang aku tau, dia still study... yang lain2 no idea! hik3 lalala5 Setelah novel ni publish, aku tak tunggu lama. Cari kat Jemari Seni tersangatlah senang. Order je dah dapat hehehe… Tajuk ni sangat comel kan? Macam cerita dia jugak.

Cerita tentang Addin yang baru saja menamatkan pelajarannya. Dia dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarga. Wooo… masa mula2 baca aku tak bajet pun si Benz tu yang akan jadi husband Addin sebab, dia sudah ada Aie.

Benz Aliff – Lelaki yang bajet macho la… hahaha Actually, he was Addin’s crush tau masa sekolah. Tapi ada la pulak scene yang membuatkan Addin tawar hati & terus merajuk tak mau kawan dah dengan si Benz.

Addin & Benz memang tak boleh bertemu. Asyik nak bertegang urat je masing2. Tapi bila dah berkahwin… lain pula yang jadinya. Masing-masing tak boleh menipu. Ada rasa yang mula menular di hati masing-masing… so sweet masa diorang ni dah berbaik-baik, I mean when they’re falling in love hik3 lalala5

Kadang2 bila baca cerita ni tak terasa Addin tu doktor hihihi Sebab gayanya yang sangat sempoi. Aku suka dengan tema kekeluargaan yang sangat rapat dalam cerita ni. Suka dengan gaya penulisan yang tak terlalu berbunga. Hlovate punya rasa yang tersendiri. Dan aku rasa selepas kemunculan Hlovate, barulah aku bertemu dengan novel2 lain yang juga menggunakan gaya seperti Hlovate ni. Ada masanya aku rasa Hlovate ni kan macam penulis indie lak, mungkin saja sebab ke'misteri'an Hate + Love = Hlovate yang tak pernah di'reveal' di mana2… hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Isnin, 10 Ogos 2009

Ayat-ayat Cinta

1:41 PTG 2 Comments

JUDUL: AYAT-AYAT CINTA
PENULIS: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
TERBITAN:
AR-RISALAH PRODUCT SDN BHD


~ Rasaku… ~

Rasanya tak banyak yang harus dikomen bila membaca sebuah naskah yang teramat indah. Apalagi ilmu ke’novel’an aku cukup cetek untuk dibandingkan dengan hasil penulisan Pak Habiburrahman ini. Waa… aku memang sudah jatuh cinta =P

AAC karya yang mengangkat cinta itu dengan caranya yang tersendiri. Novel yang seharusnya dibaca oleh golangan anak muda sekarang ni. Cinta itu indah sekali seperti mana yang digambarkan dalam AAC. Ada juga selitkan hadis-hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Segalanya berkisar tentang perhubungan sesama manusia baik soal cinta, famili, jiran tetangga dan sebagainya.

Fahri yang penuh dengan rasa cinta. Bukan dirinya semata, malah dengan semua orang. Fahri dikisahkan sebagai seseorang yang sempurna, hampir tanpa cacat sedikitpun. Pintar, rajin dan banyak disukai oleh orang-orang, termasuk kaum hawa. Siap bayangkan si Fahri ni cam aktor cerita Hikmah tu – Arman (Gunawan), tapi yang peliknya napa tak bayangkan saja pelakon watak Fahri dalam filem AAC tu hahahaha

Fahri bertemu dengan seorang gadis Amerika yang tertarik dengan agama Islam bernama Alicia dan seorang gadis Jerman Palestin Turki bernama Aisha yang menaruh hati pada Fahri. Kisah cinta mereka bermula selepas perkahwinan ok! Tapi aku juga suka dengan watak gadis Katolik-Maria. Biarpun bukan beragama Islam tetapi dia terlalu menghormati prinsip2 yang dipegang oleh Fahri. Dalam diam Maria juga amat mencintai Fahri. Cuma sayang je, si Fahri ni tak tau pun pasal tu. Tapi kan kalau la dia tau, rasa2 dia akan ke terima cinta si Maria ni?
Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus

Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud


Happy reading (^-<)

Jumaat, 7 Ogos 2009

The Proposal

8:49 PG 0 Comments

JUDUL: THE PROPOSAL
PENULIS: OWEN SLOT
TERBITAN: HODDER & STOUGHTON LTD



~ Rasaku… ~

Rasa cam pelik je sebab review BI novel dengan bahasa Melayu. Takpe… kita belasah je hehehe

Buku ni aku jumpa masa jalan2 kat library, terpandang je cover terus grab hik3 lalala5 Teringat lak, don’t judge book by its cover. Tapi tu la, dah memang rasanya cover looks very sweet.

Ok, ia berkisar tentang persahabatan. Tentang janji. Pada malam perpisahan graduasi, Dominic (Grey) dan Lucy (Lula) pernah berjanji… “If neither of us are married by 35, let’s marry each other…”

Masa berlalu dan kini masing2 mencecah usia 35. Mengingatkan diri sendiri tentang janji dahulu. Tapi keadaan sememangnya sudah berubah. Grey kini dalam proses penceraian. Lula pula baru saja kehilangan suami, meninggalkan Lula dan anak lelakinya, Josh.

Kehadiran Grey di sisi buat Lula tenang. Nyata Grey seorang teman yang cukup memahami. Namun bila Grey membangkitkan janji dulu Lula tersepit. Yang nyata dia masih tidak mampu melupakan suaminya.

Walaupun begitu Lula tetap memberikan Grey peluang. Apatah lagi Josh amat rapat dengan Grey. Mungkin terasa kehilangan ayahnya. Hubungan Grey-Lula juga bertambah baik tapi cinta. Adakah cinta di hati Lula? Bagi Grey, Lula tetap buah hatinya.

Kesudahan? Hurm, in reality korang rasa ada tak kisah cam ni? Kalau ada, korang pasti tahu kesudahannya. Nampaknya aku kena cari novel Owen lagi - The Finishing Line hehe

“My darling Lucy. My friend for wife. Here we are in a happy ending. I don’t think it sounds too bad…”

Happy reading (^-<)

Dewi Cinta

8:42 PG 0 Comments

JUDUL: DEWI CINTA
PENULIS: TEJA IRZARA
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD


~ Rasaku… ~

Cerita ni tentang cinta anak remaja. Cerita yang rasanya terlalu straight forward. Tapi pada mulanya aku agak bosan dengan jalan ceritanya yang mendatar. Namun disebabkan karya pertama penulis, rasanya boleh dimaafkan.

Ia tentang Dewi. Gadis yang amat meminati muzik. Cintanya pada muzik buat dia mula berkecimpung dalam band. Punya band sendiri & Dewi sendiri seorang penyanyi. Ketika itu dia bertemu dengan Aoron, dan rasa sayang mengikat mereka. Tapi sayang Aoron hilang tanpa berita buat Dewi kecewa.

Kemudian Dewi diperkenalkan dengan Shamir (Sham). Ada hubungan erat antara mereka. Nak kata kawan biasa tidak mungkin teman tapi mesra kot. Sham terlalu sayangkannya malah mengakui tak bisa melihat ada lelaki lain yang mendekati Dewi. Tapi perasaan apa?

Kasihan pada Dewi. Tersepit dengan perasaannya. Sememangnya dalam hati ada cinta tapi sayang tak pernah disambut. Makin keliru bila Sham mengatakan rasa sayangnya yang lebih dari seorang kawan. Dewi aku kira seorang gadis yang cantik sebabnya terlalu banyak watak lelaki yang muncul. Ada Ery, Faez, Joey, Herris yang semuanya boleh dikatakan tangkap cintan dengan Dewi. Tapi pada Dewi, cintanya hanya satu pada si dia yang tak mengerti.

Perpisahan sementara bila Sham ke negeri di bawah bayu buat Dewi mula memikirkan kedudukannya. Sampai bila mahu bertahan? Dan dalam diam, dia menyambut huluran cinta tulus Haiqal yang benar-benar memahaminya. Sekembalinya Sham, ada perkara yang perlu diselesaikan. Dan Sham siapa yang akan dipilih? Dewi atau Hani? Dan siapa pula ‘dia’?

Aku tinggalkan puisi ini, rasa hati si franTIque quEEne atau nama gabungan Dewi & Sham di dalam dunia band mereka.


Telah terlalu lama aku sendiri
Cuba menerima realiti diri ini tak pernah kau cintai
Semakin jauh dirimu kujauhi
Semakin kejap kau menggenggam tangan ini
Dalam nafasku kau tak pernah hilang
Cuba kuganti tapi kau menghalang
Selalu kau biarkan aku bertanya
Mengapa diriku terlalu istimewa
Kau pimpin tanganku bagai milikmu
Yang tak mahu kau nikmati bersama insan lain
Aku terkurung dalam hatimu
Tapi kau tak pernah membuka pintunya
Untuk aku terus bernafas sebagai temanmu
Kita bersama bukan seketika
Lalui semua suka duka
Bila sendirian aku yang kau mahukan
Bila kerinduan aku yang kau mimpikan
Bila kesayuan aku yang kau perlukan
Ingin mencintai, mengapa aku ditolak tepi?
Sayang, aku tak tahu apa niatmu
Tapi hati ini telah terluka
Dengan egomu yang tak bertepi
Dengan sikapmu yan tak pernah satu
Aku lalui hingga hatiku mati
Mati untuk terus menanti…


Agaknya terlalu lama menanti, hati si Dewi pun telah mati… dan aku rasa si Sham itu tak layak untuk dicintai kerana bila mencinta, pastinya hati yang dicintai itu dijaga kan? Hurm, aku pun tak tahu la… hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

Selasa, 4 Ogos 2009

Dia Cintaku & Roti Kiwi

11:47 PG 2 Comments
JUDUL: DIA CINTAKU & ROTI KIWI
PENULIS: COMEI
TERBITAN:
http://kisahcintacomei.blogspot.com/

~ Rasaku… ~

Aku dah terkena virus yang susah untuk diubati. Apa tu? Virus-melekat-di-blog hahaha :P Serious beb, rasa cam dah kena ubat guna-guna je bila dah start baca sesuatu cerita kat blog tu, aku memang tak akan berganjak dari membacanya sampai habis…

So this time sempat menjelajah karya Cik Comei. Nama dia comel so aku mengharapkan tulisannya juga seperti itu. Apatah lagi bila melihat gerangan pembacanya yang sukakan hasil karyanya. Tapi aku hanya sempat baca cerpen ni dulu sebab tengok novel dia panjang sangatla… hihihi

Dia Cintaku
Cerpen ini dikarang menggunakan kata ganti diri ‘Aku’ buat ianya dekat di hatiku. Menyelami perasaan seorang lelaki, nampaknya percubaan penulis ini berjaya. Watak Arman lelaki yang cuba mencari calon isterinya. Pastinya lelaki ini punya kriteria sendiri sehingga setiap gadis yang dicalonkan oleh ibunya dia tolak.

Aku tak tahu la Arman kerja apa sebab takde pulak penceritaan kerjayanya. Yang pasti Arman seorang bos. Di satu hari ketika dia ingin membasahkan tekaknya, dia bertembung dengan gadis muda, Qistina. Sangat comel pulak bila terkenangkan cara mereka berjumpa. Encik Arman nampaknya tak kenal dengan Neslo hahaha

Hubungan mereka bertambah rapat semenjak itu. Tapi bak katanya hanya kawan… eleh, tak nak ngaku la tu hahaha Tapi… jeng jeng jeng… biarlah rahsia, korang kena baca sendiri hik3 lalala5
Dear Qis,

My apologize for this quick note!

I’ve no idea why it’s being so hard
But the truth is I need you… really
And for the first time I realize that…
I’m falling… falling so hard in love
And girl, it is YOU…

* Copy this note sbb ia sangat sweet. Kalau aku la, mesti dah cair da ni hahaha
Roti Kiwi
Seriuosly masa habis baca cerita ni aku gelak sorang2. Mati2 aku ingat kiwi tu adalah jem kiwi. Rupanya kiwi kasut hahaha

Kisah tentang pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Ikmal & Hani pasangan yang sehati sejiwa la lebih kurang kalau dibaca part intro. Mereka makin bahagia bila Hani kini berbadan dua. But the problem is… isterinya kini mengalami masalah emosi yang dalam, biasalah ibu mengandung, cepat benar terguris hatinya. Sensitif betul.

Ikmal punya ciri-ciri idaman la. Sebab dia sangat baik, sangat sabar melayan karenah isterinya. Setiap permintaan isterinya pasti ditunaikan. Apa saja lah tapi yang kali ni, buat pertama kalinya dia rasa permintaan isterinya itu agak melampau. Yalah, bayangkan nak makan kiwi kasut yang colour hitam tu… eee yerkh!

Apa pun aku tabik spring la kat Ikmal & Hani juga. Ikmal sebab dia penyabar orangnya. Hani sebab dia berjaya juga makan roti kiwi tu hahaha Nice story, lain dari yang lain.

Ps:
~ Ramai kata cerpen DC sama cam Bidadara. Erm, ya I’ve noticed that! But maybe coincidence. Biasalah cerita cinta kita… banyak yang lebih kurang sama. Malah rasanya tengok sunset tu banyak je kat novel2 yang dah sedia ada.
~ to Cik Comei: Don’t give up! Walaupun anda amatur, saya suka dengan cerita anda. Kita memang tak boleh puaskan hati semua pihak. So you go girl!

Happy reading (^-<)

Labels

#prayforGaza (2) A. Darwisy (1) A. Samad Said (1) Abby Gaines (1) Abdul Latip Talib (1) Abdul Rahim Awang (4) Acik Lana (3) Adah Hamidah (2) Adaptasi Novel (7) Addi (1) Adib Zaini (4) Affifudin Omar (1) Afifah (1) Aidil Ryzal (1) Aifa Batrisya (1) Aima Chan (1) Aimi Ainis (1) Aina Emir (3) Ainin Naufal (1) Aireen Aryana (1) Airisz (1) Aisha Hamza (1) Aisya Sofea (3) Alaf 21 (92) Aleya Aneesa (10) Alice Clayton (1) Aliesha Kirana (1) Alifah Juhaida (1) Alina Haizar (2) Aloy Paradoks (1) Amal (1) Amanda Berry (1) Amirul Johari (1) Amiza Anaz (1) Amoi (1) Ana Sofiya (1) Andrew Matthews (2) Andrew McMeel Publishing (1) angelseptember (1) Anis Ayuni (4) Anita Aruszi (9) Anjell (1) Anna Lee (2) Anne Gracie (1) Annur Shanana (1) Anuar Shah (1) Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian (2) Aqram (1) Ar Risalah (4) Ariela Sahimi (6) Arman Jazee (1) Arsha Wee (1) Ash Kun (1) Asmar Shah (1) Athool (1) Atikah Yusof (1) Attokz Dikulgai (2) Aulia Iman (1) Ay Yusof (1) Ayob Kelubi (1) Ayu Emelda (2) Ayumi Syafiqah (1) Azra Aryriesa (1) Badrul Hisham Shari (1) Bahruddin Bekri (5) Ballantine Books (5) Balqissy (1) Bayyinat (2) Berkley Sensation (6) Bes Q Publication (1) Bidayatul H (1) Big Bad Wolf (1) Bikash Nur Idris (3) blogpke (1) Blook (12) Bophairy (2) Bozu (1) BraderLeplep (2) Brigham Young (1) Bukan Penggoda (1) Buku Fixi (22) Buku Prima (25) BukuBlog (11) Bulanhijau (4) C.J. Charmichael (1) Cabaran 50 Novel (61) Carmen Falcone (1) CAT (5) Cerita KLIBF (7) Ceritera Puisi-Sajak-Gurindam (2) Chef Hanieliza (1) Choppy (1) Christine Merrill (1) Cik Amal Amina (1) Cik Ian (2) Citahrudin (1) Cob Nobbler (2) Comei (2) Creative (19) Ct Zuraimi (2) Cucuratap (2) Damya Hanna (5) Dayang Noor (5) Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Dhiya Zafira (9) Diane Gaston (1) Dihsar Ludba Haqifa (1) Diya Nordin (1) Dr Amida Abdul Hamid (1) Dr Shah Ibrahim (1) DuBook Ceritera (3) DuBook Press (3) e-book (62) e-cerpen (6) E-man Sufi (1) e-novel (22) e-Sentral (8) Ednin (1) Eka Faraha (1) Elee Mardiana (2) Elena Reeney (1) Eliyyah (1) Ellis Gee (1) Elzara Hariri (1) Emma Maizura (1) Emy Roberto (3) Entangled Publishing (6) Evelyn Rose (2) Ezza Mysara (2) Fadhli Hamdan (6) Fadzlieo (1) Faisal Tehrani (2) Faizal Sulaiman (3) Faizal Tukimin (1) Fajar Pakeer (11) Farah Husain (5) Farihah Iskandar (1) Fatimah Busu (1) Fatimah Syarha (1) Fatin Nabila (2) Fatrim Syah (1) Fauziah Ashari (2) Faziela (1) Fazley Yaakob (1) Fazlyn Ridz (1) Fdaus Ahmad (3) Feeza (1) Fieyza Fadlina (1) Fikri Kacak (2) Fikri Misti (1) Fitri Hussin (1) Fixi Retro (1) GA Quotes (6) Galeri Ilmu (6) Gallery Books (4) GedeBook (1) Gina Yap Lai Yoong (3) GR 2012 (75) GR 2013 (94) GR 2014 (95) GR 2015 (34) GR 2016 (6) GR 2017 (8) GR 2018 (16) Grup Buku Karangkraf (60) H.M. Tuah Iskandar (1) Habiburrahman El Shirazy (4) Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1195 (1) Haeqal Zulqarnain (1) Hafizah Iszahanid (1) Hafizul Osman (1) Haliban (1) Hana Qistina (1) Hani Fazuha (5) Hanie (1) Hanina Abdullah (2) Hannah Dhaniyah (1) Hanni Ramsul (4) Hanny Esandra (1) Harlequin Books (4) Haryani Kamilan (1) Hasrul Rizwan (2) Haswida Abu Bakar (2) Hellioz (1) Herna Diana (1) Hezzy Azra (3) Hidayatus (2) Hilal Asyraf (5) Hilmi Lona (1) Hlovate (10) Hodder Stoughton (1) Humaira Bookstore (1) I F I Enterprise (1) Ian Juliana (1) iBook Publication (1) Ida Farisya (1) Idea Kreatif Publication (15) Ika Madera (1) Ilham Bestari Publication (1) Illa Shanahila (1) Ilya Abdullah (1) Imaen (2) Iman Nizrina (2) Iman Xara (2) Imani Hatta (1) Immaz Huda (1) Imran Azmi (1) Indah Iskandar (1) Intens Media (1) Iqbal Syarie (5) Iris Ixora (1) Irma Hasmie (1) Ismi Fa Ismail (1) ITBM (2) Jat (1) Jemari Seni (58) Jennifer Probst (5) Jerilee Kaye (1) Jo (1) Johanna Lindsey (1) John Norafizan (2) JS Adiwarna (12) Ju Asu Ra (1) Jualan Gudang (1) Julie Anne (2) Julie James (4) K Four Publishing (1) Kad Mutiara Minda (1) Kaki Novel (37) Karangkraf (4) KarnaDya (5) Karnival Buku Online (1) Karnival Karangkraf (2) KaryaSeni (19) Kaz Ishak (1) Kelas Buku (1) Kele Moon (1) Keputusan C50B (6) Khadijah Hashim (1) Khairi Mohd (1) Khairul Nizam Khairani (1) Khairulnizam Bakeri (1) Khairyn Othman (2) King International Prize 2010 (1) KLIBF 2011 (5) KLIBF 2012 (2) KLIBF 2013 (1) KLWRF (1) Kristen Proby (2) Kumprinx (1) Kusyi Hirdan (1) Lang Leav (1) Lavendra (1) Leeya Myra (1) Lejen Press (3) Levis Delisya (1) Liana Afiera Malik (1) Lila Vee (1) Lily Haslina Nasir (1) Liyana Zahim (1) Liza Mior Rashdi (1) Lokman Hakim (1) Loose Id LLC (2) Lord Zara (3) Louise Allen (1) Lovenovel (9) Luc Abdullah (1) Lya Zara (1) Lynn Allyna (1) Lynn Dayana (1) M Faridzuan Majid (1) M. Faiz Syahmi (1) M.K. Schiller (1) Ma Lee Chuswan (2) Maisey Yates (2) Mak Su (1) Maki Enjouji (10) Manaf Hamzah (2) manga (10) Manjlara (1) Maria Kajiwa (2) Marissa (2) Marita Conlon-Mckenna (1) Marwati Wahab (2) Masy (1) Mat Luthfi (1) Maya Banks (6) Maya Iris (2) Mazni Aznita (4) Mazni Darwisya (1) Mcjust.lol (1) Meen Zulaikha (4) Melati Publisher (1) Melur Jelita (2) Mendelssohn Levy Publishing (1) Mesbo (1) Miazal Zahra (1) Michelle Willingham (1) Mimie Afinie (2) Mimie Candycane (1) Mini Novella (9) Mirachantek (1) miss eurydice (1) Mona Yanty (1) MPH (1) Mr.K (1) Mrflowermanstudio (1) Muhamad Fazrin (1) Muhammad Fatrim (2) Murni Aqila (2) Must Read (1) N.M. Silber (1) Nadia Khan (3) Nadra Yasmina (1) Nami Cob Nobbler (1) Nasiroh Abdul Rahman (1) Nasron Sira Rahim (1) Nass Alina Noah (1) Nasz (3) Naurah Iman (1) Naza Adlyn (1) Nazawati (1) Nazri M. Annuar (1) Nazurah Aishah (2) NB Kara (18) NHF Media (1) NI Publication (2) Nia Azalea (1) Nina Croft (1) Nir (5) Nirrosette (2) Nisah Haron (1) Nisyah (2) Nizam Sani (1) Nok Wafdi Nik Jaafar (1) Noor Azzahra (1) Noor Suraya (13) Noorfadzillah (1) Nora Ismail (5) Noraz Ikha (2) Norhanisamila (1) Norhayati Abd Malek (1) Norhayati Berahim (23) Norisah A. Bakar (3) Nota Airina (89) Notis Pembetulan (1) Novel Fiksyen Sejarah (1) Novel Grafik (2) Novel Nur (1) Novel Terpakai (2) Nueen (1) Nur Ezzah Amirah (1) Nuraqilah Syuhaida (1) Nurassyi Rashid (1) Nureen Mirza (1) Nuril Bahanudin (1) Nurul Syahida (2) O'Brien Press (1) October (3) Omnific Publishing (1) Owen Slot (1) P. Ramlee (1) Packy Sidique (1) Pameran Buku (1) Paradoks Production (1) Pekan Ilmu (1) PELIT (5) Pena Senja (1) Penerbit Republika (1) Penerbit-X (1) Penerbitan Angkatan Baru (1) Penulis.Sahaja (1) Penulisan Enterprise (1) Penulisan2u (5) Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992 (1) Pesta Buku (22) Pesta Buku Kelantan (4) Pesta Buku Selangor (1) Pingu Toha (1) Pitak (2) Pocket Books (2) Popular (1) Poreng Kertas Publication (3) Poyo (1) Printing Problem (1) Promosi (18) PTS (31) PTS BookCafe (1) PTS Fortuna (4) PTS Islamika (1) PTS Litera (9) PTS Millennia (2) PTS One (5) PTS Pop (3) PTS Professional (1) PTS Publications (1) PTS Publishing House (1) PTS Syok-Hallyu Wave (1) Pustaka Islamiyah (2) Puteri Andalas (1) Qaseh Qaisara (1) Qaseh Qistina (1) Que Sera Sera (2) Rabihah Nur Ridhuan (1) Rahimin (1) RAID Studio (1) Raja Faisal (1) Ramlah Abdul Rasid (1) Ramlah Muhamad (1) Ramlah Rashid (3) Ramlee Awang Murshid (17) Read Malaysia (1) Reen (1) Rehan Makhtar (3) Reja (1) Resmanshah (1) Ridhwan [Ridh-One] (2) Ridhwan Saidi (1) Ridhya Iman (1) Rin Ahmad (1) Rina Farizq (1) Rizai Reeani (1) Rizque Publishing (1) Robin Bielman (2) Roman (1) Rose Harissa (17) Rozita Abd. Wahab (1) Ruby Hazri (1) Ryana Adrina (1) Rynsa (1) Saat Omar (1) Saidatul Saffa (2) Saifullizan Tahir (1) Salina Ibrahim (2) Salina Salleh (1) Salleh Kausari (1) Sania Yasmin (2) Sara Aisha (1) Sara Kyoko (1) Sarah Mayberry (1) Sarnia Yahya (8) SeaShell Publishers (2) Sha Ibrahim (1) Shafaza Zara Syed Yusof (1) Shahir (1) Shahirah Khairudin (1) Shahrul Akram (1) Sham Hashim (1) Shamien A. Basit (2) Shamsiah Mohd Nor (1) Shaz Johar (4) Shogakukan (10) Si Manis 17 (4) Silhouette Books (2) Sinaganaga (2) Sindiket Sol-Jah (1) Siti Hazneza Abdul Hamid (1) Siti Jasmina Ibrahim (1) Siti Nur Dhuha (1) Siti Rosmizah (1) Small Cow Productions (1) Smashwords (1) Soltura (1) Sophie Kinsella (1) Suzana Sulaiman (1) Syafie Mahyani (1) Syafiq Aizat (1) Syah Shah (4) Syahirah Ibrahim (1) Syaihan Syafiq (2) Syamnuriezmil (3) Syarikat Muda Osman (3) Syasyaja (1) Syud (6) Syuqri Mustaqim (1) Szalies (1) Teja Elliza (1) Teja Irzara (1) Telaga Biru (3) Tembakau (1) Teratak Kasih (1) Tere Liye (1) Terjemahan DBP (1) Terri Brisbin (1) Thanks Note (2) The Awesome Five (1) The Dial Press (1) TheBentPencil (1) Tok Rimau (2) Top 10 (6) Tulip Ungu (1) Uji Norizqi (1) Ulii Azman (1) Umi Azrini (1) Umi Kalsom (1) Umie Nadzimah (2) Usia GA (4) Ust Amran Md Yusoff (1) Ustaz Azhar Idrus (1) Vanny Chrisma W. (1) Wan Rohayu (2) Wann Azlan (1) Wise Words Publishing (2) Wordless Wednesday (14) Xarine (1) Xuanza (1) Yusnida Tajuddin (1) Yusry Yusopp (1) Zabrina A. Bakar (2) Zaharah Nawawi (1) Zahazan Mohamed (1) Zamri Mohamad (2) Zamri Zainal Abidin (1) Zan Zarida (1) Zara Aluwi (1) Zaradgreat (1) Zarith (1) Zura Asyfar (1) Zuraidah Othman (1)